window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar?

Faisal · May 29, 2022 02:00 PM

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 01

Persidangan World Economic Forum (WEF) 2022 di Davos, Switzerland yang dihadiri oleh para pemimpin dan ketua perniagaan di seluruh dunia baru sahaja berakhir.

Dalam acara tahun ini, Malaysia diwakilkan oleh Khazanah, PNB, EPF, Tengku Zafrul (Menteri Kewangan) dan Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan).

Menariknya, negara seperti Indonesia turut mengutarakan kepada para CEO syarikat teknologi terkemuka yang berkumpul di persidangan itu dengan satu unjuran mengenai kepentingan khusus dalam industri automotif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaIndonesia percepat EV untuk kurangkan kebergantungan kepada import minyak

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 01

Indonesia Pavilion di Davos. Imej dari VOI.

Delegasi mereka diketuai oleh Agus Gumiwang Kartasasmita (Menteri Perindustrian) yang mana mereka sempat bermesyuarat dengan syarikat seperti Volkswagen dan Qualcomm.

Menteri itu menjelaskan mengenai potensi sumber semula jadi Indonesia untuk pemasangan bateri kenderaan elektrik serta sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Juga bacaToyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka?

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 02

“Kami (kerajaan Indonesia) cukup yakin bahawa pelaburan dalam kenderaan elektrik (pemasangan) di Indonesia akan berjalan dengan lancar”.

Pada masa yang sama, menteri itu memberitahu agensi berita Indonesia iaitu Antara bahawa pihak kementerian sedang membangunkan ekosistem industri dan produk teknologi informasi dan komunikasi (ICT) seperti komputer riba dan tablet.

“Disebabkan itu, kami ingin menjemput Qualcomm untuk turut serta dalam proses perindustrian ini”, katanya selepas bermesyuarat dengan CEO Qualcomm, Cristiano Amon.

Juga bacaHyundai dan LG labur RM 4.6 bilion untuk bina kilang bateri EV di Indonesia, kerajaan beri komitmen

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 03

Kartasasmita, Menteri Perindustrian Indonesia.

Selain itu, Kartasasmita juga berkata bahawa Kementerian Perindustrian sedang membangunkan Indonesia Manufacturing Center yang mana ia akan menjadi pusat pembangunan teknologi pemasangan Indonesia yang terkini.

“Selepas mesyuarat ini, kami berharap bahawa Qualcomm boleh bantu dalam pembangunan pusat ini”.

Menariknya, sewaktu pandemik, digitalisasi di Indonesia telah meningkat dengan begitu drastik. Transaksi komersial pada tahun 2021 sampai mencecah lebih 27 bilion USD. Perkara ini secara tidak langsung meletakkan Indonesia sebagai negara kelima di dunia untuk bilangan perniagaan baru, iaitu dengan jumlah 2,300 entiti.

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 04

Di samping itu, wakil dari Indonesia turut berjumpa dengan Thomas Schmail (Ahli Lembaga Volkswagen Group untuk perihal teknologi yang juga merangkap CEO Volkswagen Group Components), iaitu subsidiari Volkswagen untuk pembangunan pemanduan elektrik dan sistem bateri bervoltan tinggi.

Bos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar? 05

Uniknya, Schmail telah berkongsi gambarnya bersama Bahlil Lahadalia (Menteri Pelaburan Indonesia) di akaun Linkedin miliknya.

Menurut beliau, Indonesia mempunya pelan ekonomi yang jelas dan mempunyai pelbagai budaya yang menarik.

Indonesia sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seperti negara Arab kerana betul-betul hendak mengeksploitasi kelebihan sumber galian mereka iaitu nikel. Mereka sedang meletakkan posisi mereka sebagai tempat tumpuan rantau ini untuk pelaburan dalam industri kenderaan elektrik.

Untuk makluman anda, negara itu telah menutup eksport nikel mereka dan pada mana yang berminat kini perlu melabur di Indonesia sendiri. Apapun, syarat ini termasuk sekali dengan memproses nikel mentah dan pemasangan sampai siap.

Juga bacaRundingan awal gagal, Indonesia cuba 'lamar' semula Tesla untuk pelaburan bateri kereta elektrik (EV)!

Mengenai persidangan G20 Summit di Bali akan datang, ia akan menjadi pertunjukan teknologi kenderaan elektrik. Kalau anda nak tahu, kereta seperti Genesis G80 Electrified, Ioniq 5 (bakal dipasang di Indonesia) dan Toyota bZ4X akan diguna sebagai kereta rasmi untuk membawa para delegasi.

Juga bacaMaju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia