window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat?

Mersita · Mar 20, 2021 06:00 PM

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 01

Kalau anda ada kereta yang lama tersadai, anda akan mula perasan karat terbentuk di cakera brek (brake disc) atau di pemutarnya. Ada yang boleh buat-buat tak nampak karat tersebut, tapi ada juga pemilik kereta yang tak keruan dibuatnya.

Adakah cakera brek berkarat membahayakan nyawa?

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 02

Jika dibiarkan terlalu lama, karat pada cakera brek boleh menjadi satu masalah serius. Gambar: Mechanic Base

Cakera brek lama-kelamaan akan menjadi lusuh disebabkan oleh geseran, meleding, atau karat. Oleh itu, jika anda tertanya-tanya jika cakera brek berkarat bahaya atau tidak, jawapannya “Ya” – tapi, hanya bila ia ditinggalkan terlalu lama. Karat boleh menghakis cakera berkenaan dan merosakkan permukaan untuk brek.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 01

Karat pada permukaan – bukan masalah besar. Gambar: torque

Namun, perlu diingatkan yang sedikit karat dilihat pada cakera brek kereta selalunya hanyalah karat pada permukaan dan ia belum lagi menghakis cakera itu sendiri. Pada tahap ini, karat berkenaan tidak bahaya.

Apa yang boleh anda lakukan untuk buang karat pada cakera brek?

Pandu saja kereta berkenaan seperti biasa. Aksi brek seperti biasa boleh membuatkan karat permukaan ini hilang. Tak perlulah dibuka tayar kereta dan geserkan cakera jika ia hanyalah karat permukaan.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 02

Bagaimana brek cakera boleh berkarat?

Cakera brek selalunya diperbuat daripada besi tuang (cast iron). Seperti yang semua sedia maklum, reaksi besi dengan air akan menghasilkan karat. Dalam iklim lembap, karat terbentuk lebih cepat.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 03

Pembentukan karat. Gambar: libretexts

Selain daripada cakera brek, ada juga bahagian-bahagian besi lain yang terdedah dengan elemen luar seperti manifold ekzos dan beberapa sendi suspensi.

Bila masanya karat pada cakera brek boleh jadi satu masalah serius?

Kadar pembentukan karat berbeza bergantung kepada cuaca dan bagaimana kereta berkenaan dijaga. Oleh itu, tiada jangkamasa yang sebenar bagi karat untuk dianggap berada pada tahap serius.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 04

Contoh karat yang menghakis pemutar (rotor) brek. Gambar: XBimmers

Perkara yang anda harus perhatikan ialah lubang kakisan (“pitting”) disebabkan oleh karat. Ini bermaksud karat tersebut telah menghakis permukaan cakera brek dan kaedah brek seperti biasa yang dicadangkan tadi tidak lagi berkesan untuk membuang karat tersebut.

Jika perkara ini berlaku, mungkin sudah tiba masanya untuk anda tukar cakera brek baru.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 05

Satu lagi contoh cakera brek yang terkakis. Gambar: irv2.com

Karat, seperti kanser, akan merebak dan terus-terusan menghakis cakera serta melemahkan integriti strukturnya. Permukaan tidak rata yang disebabkan oleh lubang kakisan juga akan membuatkan brek terasa tidak sekata.

Bolehkah saya kikis cakera brek untuk buang karat?

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 06

Gambar

Jika cakera brek anda masih cukup tebal untuk dikikis, ia boleh jadi satu solusi yang berkesan. Perlu diingatkan yang cakera brek mempunyai ketebalan minimum dan selalunya mempunyai jangka-hayat sekitar 4 mm – bergantung kepada buatan dan modelnya.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 07

Jika cakera tersebut tidak lagi dapat diselamatkan dengan kaedah hakisan – contohnya terlalu nipis – tiba masanya untuk anda tukar kepada set cakera brek yang baru.

Bagaimana saya boleh elakkan cakera brek dari berkarat?

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 08

Garaj tempat letak kereta dengan pengudaraan yang baik bagus untuk kereta

Karat pada cakera brek terbentuk ketika kereta diparkir dan bukannya ketika ia dipandu. Tabiat paling bagus untuk diamalkan bagi mengelakkan karat ialah parkir kereta anda di kawasan kering dan teduh. Tambahan pula, jangan biarkan kereta anda tersadai terlalu lama. Kereta sepatutnya dipandu selalu, bukannya untuk kumpul habuk saja.

Bolehkah saya cat cakera brek untuk elakkan karat?

Anda boleh cat hab cakera (disc hub), tapi setakat itu sajalah.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 09

Hab cakera yang dicat. Gambar: 300cforums

JANGAN cat permukaan brek dan JANGAN letakkan sebarang minyak keatas cakera brek kenderaan anda. Kaedah ini akan merosakkan permukaan brek dan membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 10

JANGAN cat/minyakkan permukaan brek. Gambar: safebraking.com

Adakah semua cakera brek berisiko untuk membentuk karat?

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 11

Kebanyakan kereta menggunakan besi tuang bagi penghasilan cakera breknya memandangkan besi boleh tahan panas dan kos rendah. Dan selagi cakera brek diperbuat daripada besi tuang, ya, ia boleh berkarat.

Memang ada teknologi cakera brek moden seperti brek seramik atau cakera brek bersalut tungsten. Walaupun bahan alternatif ini anti-karat, ia semestinya pilihan yang bukannya murah.

Kesimpulan

Brake disc karat – Bahayakah? Apa yang patut anda buat? 12

Karat yang boleh dilihat pada kereta yang tersadai lama selalunya hanyalah karat pada permukaan. Jika dipandu beberapa kilometer, ia pasti boleh hilang.

Perkara yang patut anda perhatikan ialah jika cakera brek anda mula berlubang kakis dan karat tersebut menghakis cakera/pemutar. Mengikis cakera brek juga satu kaedah yang boleh dicuba, tapi perlu diingatkan yang ketebalan minimanya harus dikekalkan bagi memastikan ia masih berfungsi dengan sempurna.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda