window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa?

Haris Β· Jun 27, 2021 06:00 PM

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 01

Antara masalah biasa yang diajukan oleh pemilik kereta tidak kira baru atau lama adalah mengenai brek kereta. Kali ini, kita akan memfokuskan terhadap bunyi-bunyian pada brek kereta. Mungkin ramai yang sedikit gelisah apabila mendengar bunyi apabila brek digunakan. Adakah kerisauan anda ini berasas?

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 02

Jadi apa yang menjadi punca bunyi kepada brek anda? Di sini kita semak beberapa senarai yang boleh menjadi punca brek anda berbunyi. Ikuti Wapcar-BM untuk lebih tips dan maklumat lanjut. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia mungkin sekadar kelembapan

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 01

Jika anda baru sahaja membasuh kereta, atau kereta anda terkena tempias hujan semalaman, kelembapan mungkin menjadi punca kepada bunyi brek anda. Caranya adalah lapisan nipis karat boleh terbentuk disebabkan percikan air yang mencelah masuk ke permukaan rotor brek.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 02

Tak perlu dirisaukan

Lapisan karat yang nipis ini boleh menyebabkan brek anda berbunyi apabila anda mula menggunakan brek atau bergerak dengan kenderaan. Adakah anda perlu menggantikan rotor brek ini? Tidak, anda tidak perlu menggantikan rotor brek yang berkarat ini JIKA ianya tidak kritikal. (Rujuk gambarajah di bawah) 

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 03

Ini perlu risau

Untuk menghilangkan lapisan karat ini, anda hanya perlu pandu sahaja kereta untuk beberapa minit dan pastikan anda menggunakan brek secara berkala. Lapisan karat tersebut nipis, mudah tertanggal dan tidak mengganggu prestasi brek anda.

Komponen yang haus

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 04

Sekiranya brek anda masih berbunyi walaupun selepas lapisan karat hilang, sila periksa komponen brek anda. Pertama, pastikan brake pade (brake shoes untuk brek drum) masih baik (rujuk gambarajah di atas). Bunyi tersebut mungkin satu amaran yang menandakan bahawa ia memerlukan penukaran. Kebanyakan brake pad pada zaman sekarang mempunyai penunjuk haus.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 05

Antara rotor yang perlu ditukar

Selain itu, bunyi tersebut mungkin berpunca daripada rotor brek. Kebanyakan rotor brek mempunyai tahap ketebalan minimum yang terukir di bahagian sisi. Pemeriksaan mudah boleh menentukan jangka hayat rotor brek anda.

Jangan sambil lewa terhadap 2 komponen brek ini kerana ia mungkin satu-satunya komponen yang menghentikan anda secara selamat atau tidak.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 06

Petua profesional

Jadual penukaran rotor dan brake pad / shoes
Rotor βœ” Brake pad / shoes ❌ Tukar brake pad /shoes sahaja
Rotor βŒ Brake pad / shoes βœ”/❌

Perlu tukar kedua-dua rotor dan brake pad / shoes

Ya, anda tak salah baca. Brake pad / shoes perlu ditukar sekiranya anda menggantikan rotor brek kerana sebab-sebab yang akan dijelaskan selanjutnya.

Pemilihan pad brek yang salah

Jika anda seorang pengguna break pad berprestasi tinggi dengan ketahanan suhu yang bagus, anda adalah contoh terbaik untuk situasi ini. Perlu diingatkan, komponen berprestasi tinggi mana sekalipun, tak bermakna ia sesuai untuk kereta anda.

Selalunya, pad brek berprestasi tinggi mempunyai sebatian dengan geseran kekuatan tinggi. Video di atas menunjukkan bahawa pad brek jenis ini akan mengeluarkan bunyi yang nyaring (saksikan pada tempoh 0:22 ke atas). Ini tidak dapat dielakkan.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 07

Sekiranya anda hanya menggunakan kereta anda untuk berulang-alik setiap hari, lebih baik kekal dengan pad brek stok standard. Pad brek ini lebih sesuai dan dicipta untuk penggunaan biasa, dengan gigitan dan tindak balas awal yang kuat. Hampir 99% situasi brek kereta harian anda dapat dipenuhi dengan pad brek biasa sahaja.

Tak buat run-in dengan betul

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 08

Jika pad dan rotor brek anda masih baru, bunyi bising yang keluar dari sistem brek boleh disebabkan oleh cara run-in yang salah. Hal ini kerana, tempoh run-in diperlukan bagi membenarkan sebatian pada pad brek disesuaikan dengan permukaan rotor brek.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 09

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permukaan pad brek tidak rata. Apabila permukaan brek tidak rata, ia akan mengakibatkan bunyi geseran pada brek dan lebih teruk lagi, gegaran. Ini juga sebabnya mengapa anda perlu menukar rotor dan pad brek sekaligus seperti yang disarankan sebelum ini.

Apa perlu buat pada brek ketika tempoh run-in?

Secara amnya, terdapat 2 cara untuk run-in komponen brek anda semasa ia masih baru. Terdapat pendekatan yang lebih lembut dan cara yang lebih kasar tetapi cepat.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 10

Pertama, pandu dalam keadaan biasa. Anda tidak perlu brek dengan keras (jika boleh) dalam jarak sekitar 300 - 500 km. Hal ini bagi membolehkan kompaun pad brek melekat dengan baik pada permukaan rotor. Pendekatan secara lembut ini lebih sesuai dan mencukupi jika anda hanya menggunakan kereta anda seperti biasa.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 11

Hard break-in. Kredit gambar

Jika anda seorang yang kurang sabar atau ingin menggunakan komponen brek anda atas sebab prestasi secepat mungkin, maka anda perlu melakukan hard break-in. Video di bawah boleh membantu menjelaskan cara kedua ini.

Konklusi

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 12

Jangan lupa minyak brek juga

Memastikan brek anda berfungsi dengan sempurna tidak memerlukan tugas-tugas yang sukar, hanya perlu pastikan anda menyelenggara kenderaan pada waktunya. Jika anda terlupa, apa kata tulis sahaja di dalam peranti pintar anda supaya senang dirujuk.

Brek berbunyi - apa puncanya dan apa yang perlu diperiksa? 13

Jika anda mahu memandu dengan lebih laju, anda juga perlu berhenti dengan lebih baik (dan selamat). Keseimbangan antara kelajuan dan berhenti perlulah sama rata supaya anda boleh mengelakkan kemalangan di saat-saat genting. PKP ni dah periksa kereta anda?

Baca Lagi: 

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini!

Dot kuning dan merah pada tayar baru anda - apa fungsinya?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda