window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza?

Haris ยท Aug 30, 2021 01:30 PM

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 01

Selepas pelancaran pada tahun 2018, kini MForce telah melakukan penambahbaikan dari segi penampilan dan corak pada model BX 150. Model ini hadir dalam tiga variasi; BX 150, BX 150X, BX 150R.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketiga-tiga model berkenaan dilengkapi dengan enjin 149cc, empat lejang, SOHC yang berkuasa menghasilkan 12 PS dan 12 Nm. Model yang menggunakan suntikan bahan api ini turut dipadankan bersama transmisi manual 5-kelajuan.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 01

Brixton BX 150

Ketiga-tiga variasi ini menggunakan fork hadapan teleskopik dan di belakang terdapat dua penyerap hentak dengan sepasang cakera brek bagi membantu dengan daya hentinya. Menambahkan lagi ciri keselamatan ialah brek hadapan dan belakang menggunakan Combined Braking System (CBS), antara ciri yang menjimatkan untuk sistem brek yang selamat.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 02

Brixton BX 150R

Tangki minyak berkapasiti 14 liter mampu membawa anda mengembara jauh. Pada bahagian kokpit, terdapat meter analog yang digabungkan dengan meter kelajuan digital.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 03

Brixton BX 150R

Kesemua model Brixton menerima perubahan pada bahagian lampu hadapan yang kini mempunyai goresan ‘X’ dan stiker sisi. Bagi model Brixton BX150X pula lampu hadapan mempunyai kerangka luar yang memegang lampu.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 04

Brixton BX 150X

Sebagai panduan, model Brixton BX150 adalah model asas berwarna hijau manakala Brixton BX150X pula adalah model bergaya scrambler dengan hendal berpalang. Brixton BX150R pula model bergaya cafe racer dan mempunyai cermin sisi jenis ‘bar end’.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 05

Setiap jenis Brixton ini dijual pada harga asas dan warna yang berlainan. Berikut adalah rujukan bagi model Brixton yang ditawarkan.

Harga Brixton di Malaysia
Model Harga Warna
BX 150 RM 10,488 Hitam dan Hijau Gelap
BX 150X RM10,788 Hitam Matte dan Kelabu Matte
BX 150R RM11,088 Merah dan Kelabu

Anda boleh mendapatkan model Brixton pilihan anda sebaik sahaja premis pengedar sah Mforce dibenarkan beroperasi.

Brixton 150 dikemaskini, warna baharu pada harga dari RM 10k, apa yang berbeza? 06

Dengan setiap pembelian mana-mana model Brixton BX 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda