window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan!

Khairil ยท Sep 26, 2022 06:00 PM

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 01

Satu penawaran 'flagship' baharu dari jenama Brixton sah memasuki pasaran Malaysia apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) tampil menayangkan Brixton Cromwell 1200 (2022) dalam satu majlis, semalam.

Tetapi jangan terlalu teruja, motosikal bergaya retro itu tidak akan memasuki pasaran dalam tempoh terdekat kerana ia masih menjalani ujian untuk mendapatkan kelulusan VTA.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dipamerkan sempena pembukaan MForce Smart Shop SH Bikers Sdn Bhd yang terletak di Seri Kembangan, Brixton Cromwell 1200 sememangnya berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 01

Menurut laporan media antarabangsa, Brixton Cromwell 1200 dibina Brixton Motorcycle sebagai antara pencabar untuk Triumph Bonneville.

Di bahagian trenkuasa, Brixton Cromwell 1200 dijana enjin bersesaran 1,222 cc, Parallel Twin, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, Euro5 yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Juga baca: WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka!

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 02

Menurut Brixton, ia adalah trenkuasa paling berkuasa ditawarkan syarikat itu setakat ini dengan kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 80.5 Hp pada 6,500 rpm dan tork 107.6 Nm pada 3,500 rpm.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 03

Sebagai model 'flagship' atau aras tinggi, Brixton Cromwell 1200 dipadankan dengan sistem canggih 'Ride-by-wire', memiliki dua mod tunggangan (Eco dan Sport), Kawalan Jelajah, Kawalan Traksi dan selain memiliki Sistem Anti-Kecurian.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 04

Panel meter menggunakan jenis digital penuh TFT berwarna, sistem lampu LED penuh.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 05

Apa yang mengujakan untuk peminat tempatan, menurut Pengurus Besar MForce, Asri Ahmad, Brixton Cromwell 1200 yang dijadual dilancarkan pada awal tahun depan akan tiba dengan penawaran harga yang 'berdaya saing'.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 06

Suspensi menggunakan fork jenis konvensional daripada jenama KYB dan sistem brek menggunakan cakera berkembar (depan) dan cakera tunggal (belakang) bersama kaliper Nissin.

Brixton Cromwell 1200 (2022) ditayang, MForce sahkan tiba ke pasaran tahun depan! 07

Sebagai info, Brixton Cromwell 1200 di pasaran Eropah dijual pada harga di bawah 10,000 Euro (RM 44,384). Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: 'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda