![Brosur Honda ADV 150 2021 bagi pasaran Malaysia bocor, dua warna menarik! 01]()
Honda ADV 150 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia esok. Begitupun, gambar brosur mengenai motosikal skuter yang paling dinantikan itu sudah pun tertiris di media sosial.
Berdasarkan foto berkenaan, dua varian warna menarik diperkenalkan oleh Boon Siew Honda (BSH) iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red.
![Brosur Honda ADV 150 2021 bagi pasaran Malaysia bocor, dua warna menarik! 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Selain itu, segala informasi mengenai ciri-ciri motosikal berkenaan turut didedahkan seperti yang diperoleh daripada laman Facebook Vanhoe Rage.
Seperti ADV 150 di Thailand, ia menggunakan enjin bersesaran 149.3 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, SOHC, 4 Lejang dan 2 Injap yang dipadankan dengan transmisi V-Matic automatik.
![Brosur Honda ADV 150 2021 bagi pasaran Malaysia bocor, dua warna menarik! 01]()
![Brosur Honda ADV 150 2021 bagi pasaran Malaysia bocor, dua warna menarik! 02]()
Spesifikasi menarik adalah penggunaan brek cakera depan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera di bahagian belakang bagi keselamatan lebih optimum.
Bagi sudut keselesaan, ia menggunakan suspensi belakang dengan subtangki daripada Showa selain pelbagai lagi ciri-ciri lain seperti penggunaan lampu LED penuh beserta DRL, panel meter LCD dan sebagainya.
![Brosur Honda ADV 150 2021 bagi pasaran Malaysia bocor, dua warna menarik! 03]()
Sebagai info, ADV 150 dilancarkan pada Julai 2019 di Indonesia diikuti beberapa lagi negara termasuk Thailand dan Filipina pada tahun sama.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen