window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k!

Khairil · Aug 18, 2022 08:00 PM

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 01

Honda mengumumkan kemaskini terhadap jagoannya dalam segmen 'Naked' 250 cc, Honda CB250R beberapa bulan lalu di pasaran global dan tak menunggu masa lama, versi terkini (2022) itu akhirnya tiba di Malaysia.

Tiada perubahan dari sudut reka bentuk berlaku tetapi model dalam segmen ‘Neo Sports Café’ Honda yang membuat debut di pasaran tempatan pada 2019 itu itu mendapat naik taraf yang dianggap signifikan.

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara yang dipertingkatkan adalah di bahagian suspensi di mana Honda CB250R (2022) kini dipadankan fork jenis terbalik (USD) digantokan dengan fork USD Showa SFF-BP 41 mm (Separate Function Front Fork – Big Piston). 

Juga baca: Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k!

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 01

Menurut Honda, padanan suspensi berkualiti tinggi itu berupaya meningkatkan lagi kemampuan pengendalian Honda CB250R (2022). Suspensi belakang kekal dengan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan (preload).

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 02

Turut dikemaskini adalah di bahagian panel meter di mana lokasi petunjuk gear diubah bagi pandangan yang lebih jelas kepada penunggang.

Juga baca: Honda CBR150R Edisi Repsol (2022) diperkenal di Malaysia, terhad 800 Unit, harga RM 13.5k!

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 03

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 04

Mengulas trenkuasa, Honda CB250R (2022) kekal dengan enjin bersesaran 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan 'Slipper clutch'.

Kuasa yang dihamburkan adalah 27 Hp pada 9,500 rpm dengan tork maksimum 23.4 Nm pada 7,750 rpm.

Juga baca: Honda CBR500R, CB500X 2022 guna fork USD, brek cakera berkembar mendarat di Malaysia, harga asas RM 34.5k, RM 36.1k!

 

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 05

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 06

Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 296 mm dengan kaliper 2 piston dengan brek cakera tunggal 220 mm kaliper 1 piston (belakang) dan paling utama, lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 07

Sebagai model dalam keluarga ‘Neo Sports Café’ Honda yang popular, antara daya penarik Honda CB250R adalah rekaannya yang menarik terutama lampu depan berbentuk bulat LED.

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 08

Set roda pula bersaiz 110/70-17 (depan) dan 150/60-17 (belakang).

Di pasaran tempatan, dua pilihan warna untuk Honda CB250R (2022) ditawarkan oleh BSH iaitu: 

  • Mat Gun Powder Black Metallic
  • Candy Chromosphere Red

BSH kemas kini Honda CB250R (2022) untuk pasaran tempatan, panel meter, fork USD baharu, harga asas RM 23.9k! 09

Seperti biasa, harga yang ditawarkan untuk Honda CB250R (2022) adalah RM 23,999 asas (tak termasuk cukai jalan, insurans, pendaftaran) dengan BSH turut menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000 km (mana tiba dahulu).

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda