window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Khairil ยท Feb 17, 2021 03:00 PM

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 01

Tiba di pasaran Malaysia pada 2019, dua jentera kelas pertengahan hangat dari Honda iaitu model 'Sportbike' CBR650R dan 'Naked bike' CB650R dan akhirnya dinaik taraf bagi versi 2021.

Kedua-dua model yang dibawa masuk oleh Boon Siew Honda (BSH) itu hadir pada tanda harga berbeza iaitu masing-masing RM 45,499 dan RM 43,499 (Tidak termasuk insuran, cukai jalan, yuran pendaftaran).

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 01

Selain tampil dengan dua warna baharu yang lebih menyerlah, naik taraf yang diberikan Honda kepada kedua-dua model ini juga menarik.

Antara peningkatan yang ketara bagi kedua-dua motosikal ini untuk versi 2021 adalah dari sudut sistem suspensi hadapan. Kedua-duanya kini menggunakan fork jenis terbalik (USD) SFF- BP (Showa Separate Function Big Piston) bersaiz 43 mm.

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 02

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 03

Ia datang dengan diameter lebih besar berbanding versi sebelum ini yang menawarkan prestasi lebih baik dan tunggangan yang lebih menyakinkan.

Selain itu, paparan panel instrumen LCD kedua-dua model ini turut dinaik taraf bagi memberikan penunggang pandangan lebih jelas terhadap kluster meter selain pengecas USB yang diletakkan di bawah pelana

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 04

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 05

Bagi CB650R 2021 atau dilabel 'Neo Sports Cafe bike', ia datang dalam dua warna pilihan iaitu Candy Cromosphere Red atau Mad Gunpowder Black Metallic manakala CBR650R atau juga hadir dengan dua warna pilihan iaitu Grand Prix Red dan Mad Gunpowder Black Metallic.

Tiada perubahan dari segi spesifikasi mekanikal bagi kedua-dua model ini. Ia masih menggunakan enjin bersesaran 649 cc, 4 Silinder, DOHC, 16-injap yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan (Klac slip and assist).

Kuasa yang dihasilkan ialah 94 Hp pada 12,000 rpm manakala tork 64 Nm pada 8,500 rpm dan turut dibekalkan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC).

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 06

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 07

Ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada kedua-dua model ini adalah termasuk suspensi monoshock belakang, brek cakera berkembar 310 mm serta angkup empat piston di hadapan, cakera brek 240 mm di belakang, ABS, lampu LED manakala kapasiti tangki bahan api adalah 15.4 liter.

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 08

Bagi sesiapa yang berminat, jaminan yang diberikan BSH adalah selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k 09

Kedua-dua model ini akan mula berada di pengedar sah Honda Big Wing pada 23 Februari ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda