window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783

Khairil ยท Jan 14, 2021 02:00 PM

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 01

Tanpa mempedulikan pesaingnya yang lebih 'mengancam', model legenda Honda EX5 terus diberikan 'nafas baharu' oleh Boon Siew Honda (BSH) dan bagi 2021, varian baharu diperkenalkan iaitu Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35.

Perkembangan itu dikongsikan BSH dalam laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, semalam menerusi dua varian yang hadir dengan dua warna dan reka grafik yang baharu.

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak pengenalannya lebih 35 tahun yang lalu, sudah lebih daripada 2 juta Honda EX5 (pelbagai versi dan varian) berjaya dijual dan ia masih mendapat kepercayaan BSH.

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 01

Buat pengguna, ia mempunyai reputasi tersendiri sebagai motosikal yang lasak, boleh dipercayai dan mampu milik.

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal apabila ia masih menggunakan enjin bersesaran 110cc, silinder tunggal sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI.

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 02

Kuasa yang dihasilkan adalah 8.54Hp pada 7,500 rpm dan Tork 8.62Nm pada 5,500 rpm.

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 03

Dua varian yang ditawarkan ialah menggunakan rim jejari dan rim tetuang (Sport rim) dan didatangkan dalam warna menarik (Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue).

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 04

BSH perkenal Honda EX5 Edisi Ulangtahun ke-35, harga kekal dari RM4,783 05

Bagi menunjukkan ia edisi istimewa, emblem ulang tahun turut dilekatkan di bahagian 'Front cover' dengan harga jualan bermula dari RM4,783 untuk model rim jejari dan RM5,009 untuk varian Sport rim.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda