![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 01]()
Motosikal kapcai popular, Honda Wave 125i diberi penawaran warna baharu bagi versi 2021 dengan enjinnya kini patuh piawaian emisi Euro 4.
Tiga pilihan warna menarik yang ditampilkan kali ini ialah Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue.
![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Ia dijual pada tanda harga RM 6,499 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).
![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 01]()
Menggunakan enjin bersesaran 124.9 cc, 4 Lejang, Sistem Pancitan Bahan Api PGM-Fi, Honda Wave 125i 2021 kini mematuhi piawaian emisi Euro4.
Enjin yang menghasilkan kuasa 9.07 Hp dan tork 10.1 Nm itu dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan.
![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 02]()
Tiada perubahan besar dari sudut luaran namun model kali ini datang dengan rekaan meter yang dikemaskini supaya lebih menarik.
Ia juga menggunakan LED pada lampu utama dan dipasangkan dengan brek cakera pada roda hadapan dan belakang.
![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 03]()
Selain reka bentuk yang menarik, Honda Wave 125i turut terkenal sebagai motosikal jimat minyak. Justeru, tidak hairan ia menjadi antara motosikal kapcai paling digemari di negara ini.
Spesifikasi lain adalah kapasiti tangki 5.4 liter, ruang simpanan berkapasiti 18 liter di bawah pelana dan berat 107 kg.
![BSH perkenal Honda Wave 125i 2021. Harga asas RM 6,499 04]()
Kepada yang berminat, motosikal yang turut didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000 km ini akan mula berada di pengedar sah Honda bermula 5 Mac depan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen