window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang!

Khairil ยท Jul 5, 2021 09:00 AM

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang! 01

Sekalipun berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Klang, ia tidak menghalang daripada sekumpulan geng rempit daripada melepaskan gian melakukan aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Juga baca: Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa!

Natijahnya, seramai 31 individu termasuk seorang wanita dan remaja berusia 13 tahun ditahan dalam Op Khas Motosikal yang dilakukan pihak polis di Jalan Sultan Alauddin Bandar Sultan Suleiman, Sabtu lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang! 01

Susulan tindakan yang seperti sengaja mencabar kewibawaan pihak berkuasa itu, polis mengeluarkan sebanyak 76 keping saman atas pelbagai kesalahan lalulintas serta menyita sejumlah 20 motosikal pelbagai jenama.

Juga baca: Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas!

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua individu yang ditahan berusia 13 hingga 23 tahun dan sejumlah 26 motosikal menjalani pemeriksaan lanjut.

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang! 02

"Sebanyak 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas serta 20 motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang! 03

Selain itu, tambahnya seramai 22 individu turut dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa hala tuju.

Juga baca: Mat rempit umur 33 tahun dicekup Ops Samseng Jalanan, jadi bahan jenaka warganet!

Nurulhuda berkata, masyarakat disarankan supaya tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram dan ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan termasuk berkumpul dan keluar rumah tanpa tujuan.

Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang! 04

Tambahnya, pihak polis akan menjalankan operasi dan penguatkuasaan berterusan bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam tempoh PKPD.

Sumber imej: Info Roadblock JPJ/Polis V2

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda