Budak 18 tahun mabuk, kena 'pijak' dalam cubaan langgar-lari di BB, KL

Mersita · Dec 8, 2020 06:00 PM

Budak 18 tahun mabuk, kena 'pijak' dalam cubaan langgar-lari di BB, KL 01

Bukit Bintang katanya banyak “kisah duka lara” di kalangan remaja-remaja dari zaman abang kakak kita lagi. Malam menjelang dan banyaklah angkara-angkara si muda remaja di sana, tak terkecuali dengan kisah yang berlaku baru dua hari lepas.

Menurut laporan Oriental Daily, seorang pelajar kolej berumur 18 tahun yang keluar beriadah bersama rakan sebayanya dan seorang lagi berumur 19 tahun memandu kenderaannya sekitar pukul 11 malam, 6 Disember, dalam perjalanan dari Bukit Bintang menghala ke Kampung Pandan.

Budak 18 tahun mabuk, kena 'pijak' dalam cubaan langgar-lari di BB, KL 02

Pemandu muda tersebut dilaporkan melanggar sebuah kenderaan lain setelah melanggar lampu merah di kawasan berhampiran Lot 10. Dalam cubaannya untuk memboloskan diri setelah kemalangan itu berlaku, kereta yang dipandunya berjaya dihentikan oleh seorang ‘rider’ McD dan sekumpulan pejalan kaki yang mengamuk atas kelakuan langgar-lari tersebut.

Satu rakaman video dari telefon bimbit telah tular di media sosial, menunjukkan pelajar 18 tahun itu, yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, dibelasah oleh orang awam yang mengerumuni kereta jenis Proton Wira yang dipandunya. Kumpulan orang awam yang menahan remaja tersebut dilihat melontarkan kata-kata makian dan memukul remaja tersebut atas perbuatan terkutuk itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kereta (Wira) yang dipandu oleh pelajar itu melanggar lampu isyarat merah dan melanggar sebuah kereta lain ketika insiden itu, tapi nasib baik kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Zulkefly menambah yang pihak polis tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan dan mereka telah menjalankan ujian alkohol ke atas pelajar tersebut. Hasil ujian mendapati pelajar yang dihentam itu mempunyai paras alkohol yang melebihi had yang dibenarkan. Pelajar itu ditangkap serta-merta dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tapi, oleh kerana pelajar itu tergolong dalam kategori bawah umur dalam undang-undang berkait, pelajar itu dibebaskan atas ikat jamin RM 4,000.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru