Menurut keterangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam sidang media yang diperoleh Bernama pada lewat petang semalam, orang ramai tidak diwajibkan menggunakan MyDigital ID untuk masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini.
Jelas beliau, pengguna aplikasi MyJPJ boleh masuk aplikasi berkenaan seperti biasa.
"Orang ramai tidak perlu bimbang bahawa selepas 10 Okt ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dan cepat," katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Maklum beliau, "Arahan keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ yang dikeluarkan menerusi 'pop-up announcement' dalam aplikasi itu bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan telah diturunkan serta-merta."
"Maklumat yang disalurkan melalui 'pop-up' MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai." kata beliau.
Apa-apapun, Anthony Loke memberitahu bahawa kementerian tetap menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara 'back-end'.
"Kita telahpun mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai 'log in' kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara 'back-end'," katanya.
Bagi anda yang belum tahu, MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital. Ia bakal dimanfaatkan oleh sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });