window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan Axia je, Proton Iriz kini jadi kereta ujian memandu di Metro Driving Academy!

Faisal · Dec 27, 2022 07:00 PM

Bukan Axia je, Proton Iriz kini jadi kereta ujian memandu di Metro Driving Academy! 01

Proton baru-baru ini menyerahkan 50 unit Proton Iriz kepada Metro Driving Academy. Kereta tersebut telah diubah suai oleh ACE, iaitu anak syarikat Proton Global Services yang mengkhusus dalam binaan dan pengubahsuaian. Apapun, ia tetap dibina mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, “Proton berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik dan melatih pemandu baru di Malaysia. Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya. Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka".

Bukan Axia je, Proton Iriz kini jadi kereta ujian memandu di Metro Driving Academy! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, Metro Driving Academy yang ditubuhkan sejak 1998 merupakan akademi memandu berlesen yang telah dianugerahkan Akademi Pemanduan Terbaik dan Akademi Pemanduan Bertaraf 5 Bintang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kereta-kereta dari Proton itu diserahkan dalam satu majlis penyerahan kepada Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Encik Mat Aris Bakar. Kereta ini akan digunakan oleh pelajar di kampus Subang dan Puchong.

Walaupun saiznya kompak, Proton Iriz telah dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 Bintang dan dilengkapi dengan senarai ciri keselamatan komprehensif seperti struktur badan yang menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) and Hill Hold Assist (HHA).

Bukan Axia je, Proton Iriz kini jadi kereta ujian memandu di Metro Driving Academy! 01

Ciri yang paling berguna untuk pelajar ialah kamera undur dan sensor tempat letak kereta untuk membantu dari segi visual dan bunyi semasa meletakkan kereta. Manakala suis mod ECO menggalakkan pemanduan yang lebih cekap dengan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih rendah.

“Sekolah memandu adalah titik pertemuaan yang bagus untuk Proton mendekatkan diri dengan generasi muda. Dengan kerjasama Metro Driving Academy, kami boleh mempamerkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh produk kami dan memanfaatkan jiwa pembeli kereta kali pertama yang berpotensi,” tambah Roslan Abdullah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda