window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k!

Khairil · Dec 13, 2022 09:00 AM

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 01

Honda Motor Vietnam melancarkan sebuah model baharu, minggu lalu tetapi tidak seperti diharapkan ramai, ia bukanlah model kapcai hangat Honda Winner X 160 tetapi model skuter dikenali Honda SH160i (2023).

Seperti namanya Honda SH160i (2023), ia menggunakan trenkuasa yang sama seperti model-model skuter PCX 160, ADV 160, Vario 160 dan Airblade 160.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi jangan tersilap, ketika ramai menjangkakan Honda PCX 160 menjadi pelopor kepada model 160 cc, eSP+, 4 Injap, tetapi menurut media automotif antarabangsa, Honda sebenarnya menjadikan model SH sebagai model pertama menggunakan trenkuasa berkenaan.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 01

Begitupun sedikit aneh, ia tidak menggunakan nama Honda SH160i ketika dilancarkan pada tahun 2019 sebaliknya menggunakan nama Honda SH150i sekalipun sudah menggunakan trenkuasa berkenaan.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 02

Honda berkata antara sebab mengapa ia tidak menggunakan nama Honda SH160i ketika dilancarkan adalah ia disasarkan untuk menjadi skuter premium Honda dalam segmen 125 ke 150 cc dan berpeluang mendarat di pasaran global terutama Eropah.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 03

Justeru, selain varian 160 cc, turut dilancarkan serentak di Vietnam adalah Honda SH125i (2023) yang menggunakan trenkuasa berbeza.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 04

Dari sudut rekaan, Honda SH160i (2023) tidak mengalami perubahan major berbanding versi terdahulu Honda SH150i.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 05

Begitupun, ia kini datang dengan ciri canggih seperti Honda Selectable Torque System (HSTC) dan mempunyai ciri sambungan ke telefon pintar menerusi aplikasi My-Honda menggunakan Bluetooth.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 06

Di bahagian trenkuasa, Honda SH160i (2023) dipadankan dengan enjin 157 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 07

Kuasa dihamburkan adalah 16.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork 14.8 Nm pada 6,500 rpm. 

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 08

Sebagai skuter dalam kelas premium, Honda SH160i turut didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti penggunaan Sistem Kunci Pintar Honda, sistem lampu LED penuh, panel meter digital LCD, tangki bahan api 7.8 liter dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran untuk varian Premium, Special dan Sports.

Bukan Honda Winner X 160, tapi Honda SH160i (2023) lancar di Vietnam, harga bermula RM 17k! 09

Honda SH160i (2023) dijual dalam empat varian dengan harga berbeza dengan perincian seperti berikut:

Standard 

  • Harga: 91,790,000 VND (RM 17,030)
  • Warna: Black, Black/White, Red Black 

Premium 

  • Harga: 99,790,000 (RM 18,514)
  • Warna: Black/White, Red Black

Special

  • Harga: 100,990,000 (RM 18,737)
  • Warna: Black

Sports

  • Harga: 101,490,000 (RM 18,830)
  • Warna: Dark Gray

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda