window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar!

Khairil ยท Jul 25, 2021 02:00 PM

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 01

Kehadiran skuter 'Adventure', Honda X-ADV 750 sememangnya mencetus fenomena ketika dilancarkan dan situasi sama berulang ketika syarikat Jepun itu menghasilkan pula 'adiknya', ADV 150.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia!

Tampil dengan gaya 'ranggi' sebagai jentera yang bagaikan mampu meredah laluan lasak, Honda ADV 150 mendapat sambutan yang hangat termasuk Malaysia sekalipun tiba dengan harga jualan agak 'keras' iaitu RM 11,999 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 01

Honda ADV 150

Berbeza dengan ADV 150, X-ADV 750 pula sememangnya dicipta sebagai jentera 'Adventure' tulen di mana pencabarnya sememangnya nama-nama besar dalam segmen berkenaan antaranya KTM 790 Adventure R, Husqvarna 701 Enduro dan BMW F 800 GS Adventure.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 02

Honda X-ADV 750

Ketika jurang diantara X-ADV 750 dan ADV 150 tampak cukup besar, timbul khabar angin yang menyatakan firma Jepun itu akan menghasilkan sebuah lagi model bersesaran sederhana bagi mengisi lompong berkenaan.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Dan berdasarkan perkembangan terbaharu, ia bukan lagi satu omong kosong berikutan tersebarnya satu dokumen yang menunjukkan Honda Jepun sudah pun mendaftarkan tanda dagang ADV 350.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 03

Dokumen berkenaan adalah permohonan tanda dagang di EUIPO (European Patent Office) yang menunjukkan ADV 350 sudah pun dipatenkan oleh Honda Motor Co di Jepun.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 04

Sumber imej: Vanhoe Rage

Berdasarkan maklumat berkenaan, ia bermakna penantian untuk melihat ADV 350 berada di bilik pengedar mungkin tidak begitu lama kerana Honda sememangnya mempunyai rancangan untuk melancarkan skuter berkenaan.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 05

Jika berpandukan seperti tanda dagangnya iaitu ADV 350, skuter ini berkemungkinan menggunakan trenkuasa daripada skuter Forza 350 iaitu enjin eSP+ bersesaran 329,6 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 06

Honda Forza 350

Belum dapat dipastikan sama ada ia mampu meredah laluan 'offroad' seperti X-ADV 750 atau sekadar 'gaya' seperti ADV 150.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 07

Antara spesifikasi menarik Honda X-ADV 750

Tetapi, jika ia dibina untuk mempunyai keupayaan berkenaan, Honda pasti melakukan pelbagai perubahan dan talaan termasuk penggunaan suspensi, tayar yang berbeza dari Honda Forza.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 08

Antara spesifikasi menarik Honda ADV 150

Dari sudut reka bentuk, ia berkemungkinan tidak banyak berbeza dengan Honda ADV 150 atau X-ADV 750 kerana kedua-duanya terbukti mendapat penerimaan yang baik.

Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar! 09

Dan lebih menarik, menurut laman web automotif luar negara, ia dijangka akan dilancarkan pada tahun depan dengan negara jiran, Thailand menjadi hab pengeluarannya. Anda teruja? Ya, semestinya.

Sumber: tmcblog.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda