window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan lagi tin kosong – kereta China antara yang paling selamat diuji oleh Euro NCAP pada 2021

Zamil Syaheer · Dec 18, 2021 12:00 PM

Bukan lagi tin kosong – kereta China antara yang paling selamat diuji oleh Euro NCAP pada 2021 01

Menurut laporan Euro NCAP 2021, 33 model telah menjalani ujian kemalangan dan 22 daripadanya mendapat penarafan 5 bintang maksimum. Daripada 22 model yang dianggap sebagai kereta paling selamat di Eropah, 3 daripadanya dibuat di China.

Bukan lagi tin kosong – kereta China antara yang paling selamat diuji oleh Euro NCAP pada 2021 02

Polestar 2, Lynk & Co 01, dan Nio ES8 semuanya menunjukkan prestasi yang sangat baik dan menerima 5 bintang dengan Polestar disenaraikan sebagai kereta kedua paling selamat secara keseluruhan di belakang Subaru Outback.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedua-dua Polestar dan Lynk & Co berkhidmat di bawah Kumpulan Geely yang juga memiliki Proton dan Volvo. Bercakap tentang Sweden, Polestar dimiliki oleh Geely Auto dan Volvo Cars, tetapi Polestar 2 dibina di Zhejiang, China di Luqiao CMA Super Factory.

Juga baca: Video: Kumpulan Geely meraikan ulang tahunnya yang ke-35, dulu jual alat ganti peti sejuk je!

Lynk & Co 01 berkongsi skor tertinggi untuk perlindungan penghuni dewasa dengan Mercedes-Benz EQS dengan jumlah 96%.

Sementara itu, Nio ES8 mencatatkan skor 92% yang untuk bantuan keselamatan. Ia juga merupakan markah kedua tertinggi yang diberikan pada tahun 2021. Kedua-dua Subaru Outback dan Nissan Qashqai adalah satu-satunya model yang menerima mata lebih tinggi dengan masing-masing mendapat 95%.

Bukan lagi tin kosong – kereta China antara yang paling selamat diuji oleh Euro NCAP pada 2021 01

Beginilah rupa ujian kemalangan 0-bintang pada tahun 2021

Ia adalah satu pencapaian yang cukup baik untuk kereta China yang sedekad dulu pernah menghasilkan beberapa kereta paling berbahaya yang dijual di Eropah. Walau bagaimanapun, sebaliknya terjadi pada Renault.

Pada ujian yang sama, Renault Zoe EV facelift mendapat penarafan 0-bintang, memecahkan rekod keselamatan yang mengagumkan unuk pembuat kereta Perancis itu.

Juga baca: Renault Zoe 2021 mendapat skor 0-bintang dalam ujian Euro NCAP, Perodua Axia lagi selamat!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda