window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4?

Zamil Syaheer · Mar 1, 2022 05:00 PM

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 01

Ahad lalu, negara kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Toyota Hilux dan Hyundai Starex, dimana empat orang telah meninggal dunia.

Jika anda rajin mengikuti perkembangan di laman sosial, terdapat ramai yang melontarkan komen, kecaman, serta spekulasi tentang bagaimana pemandu Hilux tersebut boleh hilang kawalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, walaupun ia dilengkapi dengan sistem 4x4, tetapi sistem ini berfungsi secara ‘part-time’ dan bukannya ‘full-time’. Pada kebanyakkan masa, kuasa dihantar ke roda belakang (RWD).

Hanya apabila situasi yang memerlukan seperti ‘off-road’, barulah roda depan digunakan dan pemandu perlu menukar mod pemanduan ke 4L atau 4H, bergantung kepada keadaan jalan di ‘off-road’. Kalau guna mod 4L, kebanyakkan trak pikap hanya boleh dipandu sehingga 80 km/j sahaja.

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 01

Sehubungan dengan itu, kami ingin kongsikan sebab kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman, dan ianya lebih dari sekadar tinggi.

Pacuan roda belakang

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 02

Untuk memastikan trak pikap bergerak dengan efisyen, kebanyakan trak pikap menggunakan pacuan roda belakang (RWD) untuk pemanduan harian.

Isunya, ialah penggunaan pacuan roda belakang pada trak pikap meningkatkan risiko kehilangan cengkaman di jalan licin berbanding dengan pacuan roda hadapan (FWD). Ini amat ketara apabila membuat selekoh, terutamanya selekoh lebar.

Jika trak pikap anda kehilangan daya tarikan dari roda belakang dan mula hilang cengkaman (oversteer atau fishtailing), ianya lebih sukar untuk dibetulkan.

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 03

Kredit gambar: Whiteline

Jika anda berada dalam situasi tersebut, anda perlu:

  1. Bertenang dan melepaskan kaki anda daripada pedal pendikit
  2. Kemudian perlahan-lahan pusing stereng ke arah sudut gelincir (kena ‘reverse psychology’ dekat sini)
  3. Jangan sesekali cuba untuk membetulkan stereng anda kearah yang sepatutnya atau menekan brek kerana ia akan memburukkan lagi keadaan

Pengagihan Berat

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 04

Masalah lain dengan trak pikap ialah pengagihan berat. Di roda pemacu utama, yakni di gandar (axle) belakang, tidak ada banyak berat yang menekan tayar ke permukaan. Ini bermakna, terdapat kurang daya geseran (friction) yang membolehkan tayar mencengkam (daya tarikan).

Sebabnya ialah trak pikap direka untuk mengangkut beban (truck bed) di belakang, bermakna kekurangan berat di belakang ini sepatutnya diimbangi dengan kargo.

Oleh itu, kami syorkan anda untuk meletakkan sedikit pemberat di ruang kargo trak anda. Menyimpan beberapa beg pasir atau blok cinder di bahagian belakang trak anda boleh membantu mengekalkan cengkaman di jalan raya dan mengurangkan kemungkinan bahagian belakang membuang.

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 05

Macam ni pun dah ok!

Satu kaveat penting ialah berat perlu terus di atas gandar belakang untuk mempunyai sebarang kesan. Jika anda hanya menambah berat pada bahagian belakang trak anda di posisi yang salah, anda boleh menyebabkan lebih banyak masalah lain.

Keadaan tayar – baik ataupun tidak?

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 06

Amat penting untuk menurunkan tekanan tayar sebelum memasuki off-road. Berapa rendah tekanan tayar itu memerlukan pengalaman anda sendiri serta keadaan off-road semasa. Oleh itu, ianya amat penting untuk memasuki off-road dengan seseorang yang berpengalaman.

Itulah satu-satunya bahagian yang menghubungkan anda ke jalan raya, namun ia juga antara bahagian yang selalu ramai terlepas pandang. Tayar adalah salah satu bahagian terpenting di dalam kereta anda, Bertentangan dengan kesalahpahaman yang popular, tayar bukanlah "okay dah pasang, tak perlu periksa dah".

Baca juga: Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya?

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 07

Ini bukan soal "takpe boleh pakai lagi". Kredit

Masalah paling biasa yang harus anda awasi ialah tahap kehausan tayar (botak) dan dinding sisi yang retak. Isu sebegini dapat diatasi sebelum ia menjadi lebih teruk hanya dengan memeriksa tayar anda sebelum anda memandu.

Baca juga: Tayar baru elok pasang di depan atau belakang?

Konklusi

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 08

Natijahnya, ramai yang menyangka kenderaan dengan penggunaan sistem 4x4 atau AWD membolehkan anda memecut dan mengambil selekoh dengan selamba kerana ianya lebih selamat serta stabil.

Namun begitu, anda tidak boleh melawan hukum-hakam fizik serta sains. Banjir pun belum tentu boleh redah dengan 4x4.

Baca juga: Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir!

Bukan sebab tinggi saja? Kenapa trak pikap mudah hilang cengkaman walaupun 4x4? 09

Tidak kisah sama kereta jenis apa yang anda pandu dengan ciri keselamatan paling canggih sekalipun, sebaiknya pandulah dengan cermat dan berhemah, kerana kita semua berkongsi jalan raya dengan satu nyawa.

Baca juga: “Aku seorang pemandu yang baik!” – macam mana nak tahu, bukan setakat sembang je?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda