window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150!

Khairil ยท Feb 13, 2022 02:00 PM

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 01

Ramai yang teruja sejak Honda melancarkan Honda Vario 160 serba baharu di Indonesia. Seperti di seberang dan beberapa lagi pasaran Asean, skuter dengan nama Vario ini boleh dilabel antara produk yang laris termasuk di pasaran Malaysia.

Justeru, ramai yang menghitung hari bilakah skuter ini yang turut dikenali sebagai Honda Click akan tiba ke pasaran negara masing-masing. 

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 01

Lahir sebagai versi serba baharu, Honda Vario 160 adalah generasi keenam Vario yang diperkenalkan sejak tahun 2006 lalu. Dan berbanding Honda Vario 150 yang dilancar pada 2018, pelbagai pembaharuan diperkenalkan untuk Vario 160 ini.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 02

Dari sudut pandangan mata kasar selain namanya, perubahan paling ketara pasti membabitkan trenkuasanya yang lebih bertenaga iaitu 160 cc. Begitupun, ada banyak lagi perubahan yang dibuat bagi meningkatkan lagi kualiti dan penampilannya. 

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 03

Untuk itu, ayuh kita lihat sendiri 10 perbezaan diantara Honda Vario 160 yang baru dilancarkan dan Vario 150 yang berada di pasaran Malaysia ketika ini.

Sebagai info, artikel ini dipetik daripada rakan media kami, AutoFun.Id yang melihat sendiri secara bersemuka model berkenaan.

Juga baca: Selepas Honda Vario 160 2022, giliran Honda ADV 160 debut tahun ini?

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 04

1. Penggunaan kerangka baharu eSAF

Sebagai permulaan, Honda Vario 160 menggunakan platform baru eSAF yang sebelum ini digunakan Honda BeAT, Honda Genio dan Honda Scoopy. Kerangka ini lebih ringan sekitar 1.1 kg berbanding versi terdahulu. Antara kelebihannya a\ia didakwa dapat meningkatkan kestabilan dan kelincahan tunggangan.

Kerangkanya kini tidak lagi berbentuk bulat, namun leper. Manfaat lain penggunaan kerangka dengan platform eSAF adalah ia kini jauh lebih tahan, lebih 'agile' untuk penggunaan yang ekstrem.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 05

2. Trenkuasa eSP+ 4 Injap 

Antara eleman paling utama pembaharuan Honda Vario 160 adalah penggunaan enjin baharu 160 cc seperti yang digunakan Honda PCX 160. Kedua-dua model ini menggunakan enjin eSP+ dengan konfigurasi 4 injap. Honda Vario 150 menggunaan enjin eSP biasa dengan 2 injap.

Berbanding enjin bersesaran 149.3 cc (Vario 150), ia kini menggunakan enjin bersesaran 156.9 cc. Begitupun, ia masih 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair. Dan kerana perubahan ini, kuasa yang dihambur juga meningkat 2.3 PS daripada 13.1 PS (Vario 150) kepada 15.4 PS. Tetapi angka tork tidak begitu meningkat iaitu daripada 13.4 Nm kepada 13.8 Nm. 

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11.9k

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 06

3. Dimensi yang lebih besar

Jika melihat dari sudut pandangan mata kasar dan imej foto, memang jelas yang dimensi Honda Vario 160 lebih besar sedikit berbanding Vario 150. Honda Vario 160 tampak lebih 'bulky', berisi dan 'tebal'. Tetapi sebenarnya, perubahannya tidak begitu banyak.

Untuk Vario 160, panjangnya meningkat dari 1.919 mm ke 1.929 mm, dimensi lebar tetap 679 mm dan ketinggian meningkat daripada 1.062 mm kepada 1.088 mm. Perubahan dimensi itu berkemungkinan juga daripada penggunaan saiz tayar yang lebih besar.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 07

4. Saiz tayar yang lebih besar

Perubahan keempat ini berkait dengan perubahan ketiga. Untuk Vario 160, ia menggunakan saiz tayar yang lebih besar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi penampilan selain meningkatkan kestabilan selain pengedaran kuasa daripada enjin ke roda yang lebih baik.

Untuk roda depan, ia menggunakan saiz tayar daripada 90/80 kepada 100/80 manakala roda belakang 100/80 kepada 120/70. 

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12.3k

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 08

5. Penggunaan brek cakera di roda belakang

Antara perubahan yang amat dialu-alukan kepada Honda Vario 160 adalah penggunaan brek cakera depan dan belakang (untuk varian ABS). Selain meningkatkan ciri-ciri keselamatan, ia juga memberikan kuasa membrek yang lebih optimal dan pastinya nampak lebih premium.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 09

6. Sudah dilengkapi ABS

Satu lagi naik taraf yang amat dinanti-nantikan. Untuk varian Honda Vario 160 tertinggi, ia dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 1 saluran untuk roda depan dan belakang.

Dengan ciri berkenaan, ia layak dilabel sebagai skuter premium sporty seperti yang dinyatakan oleh Astra Honda Motor (AHM). 

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 10

7. Ada soket pengecas USB, tak perlu adaptor!

Antara ciri-ciri tambahan yang amat dinantikan dan tidak dimiliki pada Vario 150 adalah soket penyecas USB. Untuk Vario 160, ia menggunakan port USB type-A dan bukannya soket pengecas biasa yang memerlukan adaptor.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 11

8. Rekaan lampu siang DRL yang unik

Ramai bersetuju yang Honda Vario 160 ini semakin 'sedap' untuk dilihat, tidak kira daripada apa saja sudut. Tetapi paling menonjol pastinya rekaan lampu siang (DRL) LED berkembar yang sememangnya nampak mewah dan unik.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 12

Lampu DRL LED itu kini tampak cukup sesuai digandingkan dengan lampu utama dan rekaannya terpotong oleh panel depan yang memanjang memang lain. Sekalipun direka sebegitu, ia masih menarik.

Juga baca: Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 13

9. Rekaan belakang yang lebih mantap

Selain dari depan, bahagian belakang Honda Vario 160 juga menarik untuk dilihat. Rekaannya jelas lebih mewah jika dibandingkan Honda Vario 150, tidak melampau, minimalis namun tetap elegan. Dipadankan dengan 'mudguard' belakang baharu, ia tampak seperto motosikal 'Sportbike'.

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 14

10. Ekzos, cermin sisi dan 'mudguard' depan yang bergaya sporty

Perincian lain Honda Vario 160 yang berubah adalah rekaan ekzos, cermin sisi yang tampak sama seperti Honda PCX 160. Dan paling menonjol juga pastinya 'mudguard' depan juga lebih sporty, lebar dan 'dekat' depan roda depan berbanding Vario 150 yang lebih kecil dengan jarak dengan roda agak jauh atau 'gonjeng'. 

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Bukan sekadar rekaan dan trenkuasa, ini 10 perbezaan Honda Vario 160 2022 dan Vario 150! 15


Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda