window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya!

Zamil Syaheer · Sep 13, 2022 09:00 AM

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 01

Bagi mereka yang mengatakan bahawa warisan rali Mitsubishi hanya tinggal kenangan, mari kami buktikan anda salah dengan Mitsubishi Xpander AP4. Ya, ini adalah satu-satunya Xpander di dunia yang direka khusus untuk acara rali!

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 02

Kereta yang sama juga memberi inspirasi kepada Mitsubishi Motors Malaysia dan Speedline Industries untuk mencipta Xpander Motorsport. Xpander AP4 adalah hasil kerjasama diantara Mitsubishi Motors Indonesia dan Team Ralliart New Zealand untuk bersaing dalam kelas tertinggi Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) – AP4 (Asia Pasifik 4).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 01

Memandangkan Xpander AP4 dibina untuk rali, unit petrol MIVEC 1.5 liter aspirasi semula jadi (105 PS/141 Nm) telah ditukar dengan enjin 1.6 liter 4B11T pengecas turbo (300-340 PS/556 Nm).

Baca juga: Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X!

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 02

Peminat tegar Mitsubishi akan mengenali kod enjin ini kerana ia juga terdapat dalam Mitsubishi Lancer Evolution X. Walaupun unit asal pada Evo yang terakhir ialah unit 2.0 liter, ia telah melalui proses penurunan seseran ke 1.6 liter untuk memenuhi peraturan AP4.

Baca juga: Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 03

Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui transmisi manual 6-kelajuan Xtrac atau Sadev manakala 3 LSD (limited slip differential) mekanikal di hadapan, tengah dan belakang Xpander AP4 membolehkan pengagihan tork yang lebih baik agar ia mampu menyerang selekoh dengan lebih baik.

Baca juga: Mitsubishi Xpander AP4 versi rali bakal memberi pertarungan sengit!

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 04

Xpander AP4 dipandu oleh pemandu rali warga Indonesia, Rifat Sungkar dan baru-baru ini dia memuat naik video dirinya membawa Xpander rali itu drift di sekitar litar tertutup. Dalam siaran video pendek, anda boleh mendengar Xpander itu menggelongsor sambil mengaum, berbeza dengan mana-mana Xpander lain yang dijual sekarang.

Menjelang penghujung video, Rifat menunjukkan keterujaannya dengan cara Xpander AP4 memandu. Pemandu rali itu juga merupakan duta jenama Mitsubishi Motors Indonesia.

Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya! 05

Apa pendapat anda tentang Xpander AP4? Ia mungkin tidak membuat pusingan di Malaysia tetapi Xpander Motorsport mungkin cukup dekat untuk MPV 7 tempat duduk yang diilhamkan oleh sukan permotoran.

Klik pada pautan biru di bawah untuk menyemak tarikh di mana anda boleh melihat Mitsubishi Xpander Motorsport secara dekat di pengedar Mitsubishi berhampiran anda.

Baca juga: Saksikan Mitsubishi Xpander Motorsport secara fizikal, kini di bilik pameran berikut!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda