window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022

Faisal Β· Apr 3, 2023 11:00 AM

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 01

Anda mungkin ingat bahawa Jepun adalah sebuah negara yang selamat dalam aspek jenayah tetapi kalau anda nak tahu, kes kecurian kereta tetap berlaku dan sejak 3 tahun lepas, ia boleh dikatakan meningkat.

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 02

Menurut data yang dimuat naik oleh General Insurance Association of Japan, tahun lepas, sebanyak 2,656 kes kecurian kereta telah dilaporkan. Tahun 2021 pula merekodkan sebanyak 2,425 kes. Tahun sebelumnya pula, sebanyak 2,964 kes telah dilaporkan iaitu yang tertinggi dalam 3 tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 01

Berdasarkan analisis yang dikeluarkan, kereta yang paling kerap dicuri di Jepun ialah Toyota Land Cruiser (450 kes). Ia diikuti oleh Toyota Prius (282 kes) dan Toyota Alphard (184 kes).

Juga bacaToyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat!

Menariknya, dalam 10 carta tertinggi untuk 2020-2022, Toyota ada 7 model yang tersenarai. Lagi 3 pula adalah model Lexus. Perkara ini sekaligus meletakkan Toyota sebagai jenama paling banyak dicuri di Jepun.

Juga bacaToyota Land Cruiser 300 Series didebut – β€˜Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Kereta yang paling banyak dicuri di Jepun untuk 2020-2022
Model Bilangan kes
Toyota Land Cruiser 450
Toyota Prius 282
Toyota Alphard 184
Lexus LX 156
Lexus RX 90
Toyota Hiace 83
Toyota Crown 72
Toyota Aqua 55
Toyota C-HR 43
Lexus ES 38

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 02

Untuk makluman anda, 10 model yang tersenarai itu sahaja dah mewakili 54.7% daripada jumlah kes yang dilaporkan. Antara model lain yang banyak disasarkan oleh penjenayah adalah model JDM yang sudah berusia 30 tahun seperti Nissan Skyline GT-R dan Mazda RX-7 FD. Menurut data yang dikeluarkan juga, 45.6% daripada kes yang dilaporkan melibatkan model sebelum tahun 2012.

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 03

Berdasarkan National Police Agency Jepun pula, hampir separuh (45.6%) pencuri untuk kes tahun 2022 berjaya diberkas.

Bukan setakat Malaysia, Toyota Alphard juga kereta ke-3 di Jepun yang kerap dicuri untuk 2020-2022 04

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta curi yang dilaporkan sebenarnya sempat dijual ke luar negara sebagai kereta recond atau tujuan alat ganti dan untuk kes ini, semestinya ia lebih sukar untuk dikesan atau dicari semula.

Juga bacaDah masuk tahun 2023, Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri selama 11 tahun berturut-turut!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda