window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja

Haris ยท May 5, 2022 11:59 AM

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja 01

Sektor automotif yang merekodkan aliran peningkatan jualan setakat tahun ini, perlu menangani masalah kekurangan tenaga kerja bagi memacu momentum pemulihannya selepas tempoh pengecualian cukai jualan berakhir pada 30 Jun 2022 selain dapat meneruskan sumbangan terhadap ekonomi negara.

Selepas berdepan isu penutupan kemudahan pemasangan dan pengeluaran selain bilik pameran ketika sekatan pergerakan akibat pandemik, industri tersebut kini dilihat lebih bersedia untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Namun, kini timbul persoalan adakah industri itu menawarkan gaji yang setimpal untuk menarik pekerja tempatan dan asing, terutamanya ketika ramai masih bergelut bagi mengharungi kos sara hidup yang tinggi?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Persatuan Vendor Proton misalnya telah membangkitkan mengenai pengambilan pekerja asing sebagai penyelesaian bagi mengelak ekosistem pengeluaran automotif nasional terjejas.

Malah, ia mendakwa jika ekosistem pengeluaran automotif lumpuh, ini akan membawa kepada kehilangan lebih daripada 500,000 pekerjaan serta menjejaskan 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menarik Pekerja Tempatan Menerusi Gaji Lebih Wajar

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja 01

Penganalisis automotif, Shamsul Yunos menggesa industri untuk menyemak semula aspek gaji  dengan menjadikannya lebih adil dan dijadikan sebahagian daripada penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja sektor tersebut.

“Langkah meningkatkan gaji amat penting bagi industri menarik bakat atau pekerja yang tersedia dalam negara. Ini memerlukan syarikat-syarikat untuk mengusahakan pelan perniagaan yang dapat menambah nilai terhadap produk-produk mereka dan dapat membayar gaji lebih menarik,” katanya kepada Bernama.

Shamsul turut berkongsi pandangannya yang membantah pengambilan pekerja asing kecuali terbukti amat wajar bagi kerja-kerja industri yang tidak dapat dilakukan oleh pekerja tempatan.

“Masih terdapat penyelesaian teknologi yang boleh digunakan bagi meningkatkan produktiviti. Ini seperti kalangan pekerja pembersih jalan raya yang membolehkan mereka dibayar gaji atau sara hidup lebih baik.

“Isu ini bukanlah mengenai ketiadaan pekerja tetapi lebih kepada keengganan perniagaan membayar gaji yang setimpal,” katanya.

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja 02

Sementara itu, Ketua Kandungan WapCar.my (laman sesawang berita serta ulasan automotif) Hans Cheong berkata, debat mengenai isu membenarkan pengambilan pekerja asing merupakan masalah yang tidak hanya terhad kepada sektor pembuatan tetapi juga pekerja kolar biru secara amnya.

“Malah, bengkel kereta pun mengalami masalah kekurangan juruteknik yang ketara manakala syarikat-syarikat yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi jentera berat dalam industri pembinaan juga tidak terkecuali sukar mendapatkan pekerja yang mahir,” katanya.

Sehubungan itu, Hans berkata usaha untuk membenarkan kehadiran pekerja asing itu tidak akan menyelesaikan punca sebenar masalah tersebut.

“Industri tempatan kekurangan skala dan produk yang kompetitif bagi melabur dalam automasi. Berikutan itu, mereka terus bergantung kepada tenaga buruh yang murah dan sentiasa mengharapkan bantuan,” katanya.

Tiba Masanya Untuk Mengutamakan Automasi 

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja 03

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata automasi sentiasa menjadi sebutan setiap kali timbulnya isu mengenai kecekapan serta produktiviti.

“Mungkin juga sudah tiba masanya untuk meneliti semula pengaturan semasa sama ada ianya masih mampan atau sebaliknya. Selepas itu, kita juga perlu meneliti sama ada terdapat jurutera atau juruteknik dalam kalangan warga tempatan yang mencukupi untuk menampung keperluan industri.

“Mungkinkah wujud jurang dalam pekerja tempatan dari segi kemahiran? Apakah langkah bagi mengurangkan jurang tersebut? Jika dilihat maklum balas industri automotif ini, nampaknya mereka telah pun mengambil semua langkah (bagi meleraikan isu tersebut),” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, kemungkinan juga jalan penyelesaian akhir itu terletak kepada sikap pekerja tempatan terhadap kerja tersebut.

“Realitinya, bagi mendapatkan gaji lebih baik itu sudah pasti memakan masa. Kita sebagai pekerja misalnya, perlu menunjukkan keupayaan diri bahawa kita adalah pekerja yang tepat dan dapat melakukan kerja itu dengan lebih baik. Ini kerana pada akhirnya usaha mendapatkan premium tertentu adalah berdasarkan kemahiran yang boleh ditawarkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Prospek Sektor Lebih Cerah

Bukan tiada pekerja, gaji tak setimpal punca sektor automotif hadapi masalah kekurangan pekerja 04

Sementara itu, Persatuan Automotif Malaysia telah mengunjurkan pertumbuhan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 17.9 peratus kepada 600,000 unit bagi 2022 daripada 508,911 unit yang dicatatkan pada tahun lepas.

Pada Januari, Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata jualan kenderaan penumpang dan komersial diunjur mencecah masing-masing 540,000 dan 60,000 unit, tahun ini.

“Ekonomi global dijangka kembali meningkat pada pasca-pandemik apabila ekonomi di serata dunia telah dibuka semula secara berleluasa.

“Insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022 dan langkah meningkatkan pengeluaran serta penghantaran oleh syarikat automotif bagi mengatasi timbunan dan pesanan baharu akan menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jualan,” katanya.

Selain itu, Bank Negara Malaysia juga dilihat tidak tergesa-gesa untuk meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR), sekali gus turut menjadi rangsangan tambahan untuk sektor itu.

Pada mesyuarat dasar monetari pada Mac lepas, bank pusat itu telah memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 1.75 peratus. - Bernama

Baca: MAA: Harga kereta CKD akan naik lepas 2022 melainkan MoF jelaskan pelarasan OMV

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda