window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia?

Zamil Syaheer Β· Nov 13, 2022 06:00 PM

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 01

Memandangkan pilihan raya umum ke-15 semakin menghampiri, antara persoalan yang ada di fikiran kita bukanlah siapa yang akan menjadi PM seterusnya atau sama ada parti X boleh memastikan bahawa tiada pergerakan pintu belakang, tetapi kereta apakah yang digunapakai oleh ahli politik kita?

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 02

Baiklah, mungkin "sesetengah" sahaja di antara anda yang terfikir tentang ini memandangkan pegawai-pegawai yang dipilih ini menjadi wakil rakyat. Namun, sekurang-kurangnya mereka harus menjalankan tugas mereka dengan baik terlebih dahulu sebelum membeli Alphard dengan duit cukai rakyat, betul tak?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 01

Jika anda aktif dari segi politik dan mengikuti berita setiap kali ahli politik pergi untuk lawatan rasmi atau terlibat dalam beberapa skandal, anda mungkin perasan kereta mereka dan selalunya ia adalah Toyota Alphard atau Vellfire.

Baca juga: MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 02

Vellfire/Alphard biasanya akan muncul di latar belakang foto mereka

Walaupun mungkin benar bahawa kotak besar mewah beroda ini adalah pilihan utama bagi kebanyakan ahli parlimen dan menteri kita, kami ingin tahu sama ada mereka hanya cenderung kepada kembar Toyota ini atau memiliki sesuatu yang lebih menarik.

Baca juga: PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 03

Kami menyahut cabaran ketua pengarang kami untuk mengetahui kereta yang digunapakai oleh semua 222 (penyandang) ahli parlimen sebagai kereta rasmi mereka. Untuk berbuat demikian, cara paling senang adalah dengan menyelidik akaun media sosial mereka kerana ia adalah tempat utama untuk mereka berkongsi tugas mereka dalam berkhidmat kepada rakyat.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 04

Kami juga melihat melalui mana-mana berita rasmi yang memaparkan mereka, sama ada lawatan rasmi sebagai menteri atau pun melalui beberapa campur tangan politik. Kami hanya memerhatikan catatan dan berita dari 2018 iaitu tahun pilihan raya umum lalu jadi sebarang sumber yang diperoleh sebelum ini akan diabaikan.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 05

Berapa banyak Vellfire yang digunapakai?

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 06

Daripada 222 ahli parlimen, kami berjaya menemui 212 kenderaan rasmi. Baki 10 lagi tidak dapat dikesan kerana mereka mempunyai tidak mempunyai kehadiran media sosial yang kuat atau mempunyai kerusi kosong.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 07

Hasil penemuan kami dan jenama paling popular secara ringkas ialah Toyota dengan 104 ahli parlimen yang dilihat menggunakannya. Itu menyumbang kepada 47% bahagian pemilikan.

Baca juga: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 08

Proton menduduki tempat kedua dengan 33 MP diikuti Honda (15 MP) dan Mercedes-Benz (13 MP). Tidak hairanlah, kebanyakan Proton digunakan oleh mereka yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan yang sedia ada.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 09

Walaupun tidak dianggap sebagai kereta yang kelihatan rasmi, kami mendapat tahu bahawa 4 ahli parlimen menggunakan Perodua sebagai kereta rasmi mereka. Salah seorang ahli parlimen itu adalah timbalan menteri kabinet walaupun kadang-kadang dia juga dilihat dalam Vellfire.

Baca juga: Geely Preface kini dikeluarkan. Kemungkinan jadi Proton Perdana generasi baharu semakin kuat?

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 10

Jenama "lain-lain" yang dipandu 13 ahli parlimen, ia terdiri daripada Lexus, Isuzu, BMW, Mazda, Hyundai, Jaguar, Audi, dan VolkswagenMungkin anda boleh meneka ahli parlimen mana yang dilihat dalam jenama tersebut.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 11

Seterusnya, kami melihat jenama paling popular mengikut negeri dimana Toyota meneraju carta ini dengan 12 negeri dan wilayah persekutuan. Ia terikat dengan Proton di Pulau Pinang dengan kedua-dua jenama itu digemari oleh 4 ahli parlimen.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 12

Negeri Perlis hanya mempunyai 3 kawasan dan 2 ahli parlimennya menggunakan Proton sebagai kenderaan rasmi mereka. Proton juga merupakan kereta rasmi yang dipilih oleh kebanyakan ahli Parlimen Kelantan dengan sebahagian daripada mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan Ismail Sabri.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 13

Anehnya, Mitsubishi adalah jenama yang paling digemari oleh ahli parlimen di Terengganu berdasarkan tinjauan kami manakala satu-satunya ahli parlimen Putrajaya memilih Mercedes-Benz sebagai kereta rasminya.

Mengenai teori ahli parlimen hanya menggunakan Vellfire…

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 14

Dari segi model, kereta paling popular di kalangan ahli parlimen Malaysia ialah Toyota Vellfire dengan 39 ahli parlimen dilihat dalam satu. Walaupun mungkin benar bahawa ia adalah kegemaran di kalangan ahli politik, jelas sekali tidak semua orang memilih Vellfire sebagai kegemaran mereka.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 15

Namun, keputusan yang mengejutkan ialah betapa rendahnya penggunaan Toyota Alphard. Walaupun ia adalah model lebih premium berbanding Vellfire, hanya 10 ahli parlimen memilih Alphard sebagai kenderaan rasmi mereka.

Mungkin penampilan Vellfire yang mengagumkan memenangi hati mereka tetapi sedih untuk mengatakan bahawa jangka hayat MPV ini semakin hampir ke penghujungnya kerana Vellfire generasi seterusnya boleh digabungkan sekali dengan Alphard.

Baca juga: Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP

 

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 16

Bagi kebanyakan ahli parlimen dari Borneo, Land Cruiser atau Fortuner menjadi pilihan mereka

Kereta kedua paling popular oleh ahli parlimen kami ialah Toyota Land Cruiser dengan 19 ahli parlimen manakala di tempat ketiga dengan 16 ahli parlimen masing-masing ialah Proton Perdana dan Toyota Fortuner.

Land Cruiser dan Fortuner kebanyakannya digemari oleh ahli parlimen dari Borneo di mana off-roader adalah satu keperluan.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 17

Walaupun Hilux menjadi kegemaran di kalangan rata-rata pembeli trak pikap Malaysia, ia tidak menduduki posisi 10 teratas dalam kalangan ahli parlimen. Sebaliknya, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger memenangi hati kebanyakannya.

Di mana hilangnya rasa bangga dengan produk Malaysia di hati ahli parlimen?

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 18

Jika ada satu benda yang menyatukan ahli politik tidak kira sama ada mereka dilabel konservatif atau sentris atau sama ada mereka berada di bawah panji Harapan atau Barisan Nasional, mereka semua suka Toyota.

Baca juga: Toyota Vellfire bakal jadi β€˜rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun!

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 19

Malah, ia tidak semestinya Vellfire. Beberapa model Toyota yang digemari oleh ahli parlimen selain daripada yang disebutkan termasuk Estima, Harrier, dan Camry dengan yang kedua juga kadang-kadang dilihat oleh ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kabinet.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 20

Bagi Proton, walaupun ia mungkin berada di tempat kedua di kalangan ahli parlimen, selain daripada X70 dan Perdana yang dihentikan, mereka tidak mempunyai kereta lain yang kelihatan rasmi. Lainlah kalau mereka ingin bertukar kepada Saga dan benar-benar menjadi ahli parlimen untuk rakyat.

Baca juga: (Video) YB Nurul Izzah pandu Proton X70, nampak ayu dengan #BatikMalaysia

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 21

Pernah suatu ketika ahli parlimen dan pegawai kerajaan "diperlukan" hanya menggunakan model buatan tempatan atau pemasangan (CKD) untuk kegunaan rasmi mereka tetapi berdasarkan apa yang kita lihat, pengeluar kereta Jepun mengatasi segala-galanya.

Kebanyakan daripada mereka tidak dipasang secara tempatan di sini dengan Vellfire, Alphard, dan Land Cruiser kebanyakannya dibawa masuk melalui pengedar recond.

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia? 22

Sebenarnya, kami tidak kisah jika pegawai yang dilantik ini memilih untuk bergerak dalam Saga yang sederhana, EV atau kotak roti yang mewah asalkan mereka mengembalikan ekonomi kita ke landasan yang betul, membaiki jalan kita yang rosak, meminta RapidKL membaiki eskalator mereka, dan membina sistem pengangkutan awam yang cekap untuk membebaskan rakyat daripada perlu membayar pinjaman kereta.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda