window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda!

Faisal · Mar 17, 2021 10:00 AM

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 01

Dengan beransurnya teknologi kereta elektrik (EV) dan denda untuk ekzos bising di Malaysia, nampaknya dunia automotif kini cenderung ke arah sesuatu yang lebih senyap. Apapun, tuner HKS dari Jepun ingin perbetulkan ajaran ‘sesat’ ini dengan perkenalkan kit ekzos untuk Toyota Corolla Cross.

Kejap. HKS???

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 02

Jenama tuner terkemuka, HKS, terkenal dengan pelbagai projek kereta yang hebat. Salah satunya ialah projek enjin Nissan Skyline GT-R R32 yang dinaik taraf untuk menghasilkan 600 PS tetapi dengan penggunaan petrol serendah 5 liter/100 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaEnjin RB26 Nissan Skyline GT-R anda lemau? HKS Advanced Heritage ada jawapannya!

Apa yang mereka ada untuk Toyota Corolla Cross?

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 01

HKS Thailand telah membangunkan siri muffler ‘Legal’ untuk Corolla Cross. Kit ini menghasilkan bunyi yang lebih sporty tetapi tidaklah sampai memekakkan telinga.

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 02

Secara teknikal, kit ini merangkumi paip tengah yang dinaik taraf, kotak muffler, dan kemasan gentian karbon pada muncung ekzos.

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 03

Diperbuat dari bahan stainless steel SUS304, bunyi yang dihasilkan hanya 6 dB lebih kuat daripada ekzos standard. Paling kuatpun setakat 82 dB sahaja. Nak dengar? Lihat video di bawah.

Kalau anda perhatikan, Corolla Cross HKS Legal ini tidak lagi nampak seperti standard.

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 04

Pada bahagian depan dan sisi, ia memakai kit badan Ideo Sport dari Siam Bodykit. Disebalik roda yang besar pula ialah set brek Wilwood.

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 05

Dengan badan yang lowered, Corolla Cross HKS Legal nampak cukup ranggi.

Corolla Cross di Malaysia

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 06

Corolla Cross spec Thailand.

SUV segmen B ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Minggu lepas, Toyota Malaysia telah mengeluarkan satu iklan ringkas yang menunjukkan sebuah tarikh keramat. Kami yakin bahawa tarikh tersebut merujuk kepada pelancaran Toyota Corolla Cross.

Juga bacaUMW Toyota mengacah tarikh ‘keramat’, Corolla Cross bakal gugat HR-V?

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 07

Beberapa spyshot di Westport, Klang juga telah tertular pada bulan lepas.

Juga bacaToyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti!

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 08

Kabin Corolla Cross spec Thailand.

Sewaktu pelancaran, Toyota Corolla Cross dijangka hadir dengan dua varian. Kedua-duanya dikuasai oleh enjin 1.8L aspirasi natural yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork. Varian hibrid pula akan beransur kemudian.

Bunyi Toyota Corolla Cross hampeh? HKS ada kit ekzos ‘sedap’ untuk anda! 09

Corolla Cross spec Thailand.

Dengan harga yang lebih kompetitif, SUV segmen B ini bakal bersaing sengit dengan Honda HR-V, Subaru XV, dan Proton X70.

Juga bacaToyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda