But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar!

Faisal · Apr 14, 2022 07:00 PM

Dengan menggunakan asas Civic FE, Honda HR-V untuk pasaran Amerika sebenarnya lebih besar dan lebar. Selain platform, falsafah “Simplicity and Something” yang diterapkan pada kabin Civic juga beransur pada HR-V mereka.

But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar! 01

Buat masa sekarang, Honda USA hanya mendedahkan bahagian but tetapi kalau diperhatikan secara mendalam, anda akan perasan bahawa reka bentuk papan pemukanya betul-betul mirip Civic FE.

But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar! 02

Jadi, sistem penyaman udara unik yang ada pada HR-V global mungkin mereka tidak dapat.

Juga bacaAir Diffusion System pada Honda HR-V 2022, bakal merubah sistem A/C untuk kereta di masa depan?

But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar! 03

Selain itu, HR-V pasaran Amerika juga nampaknya menerapkan reka bentuk konsol tengah jenis dua tingkat seperti HR-V generasi dahulu.

But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar! 04

Secara amnya, HR-V yang berasaskan Civic ini dijangka membuat pelancaran seawal pertengahan tahun ini. Menariknya, ia bukan untuk Amerika dan Canada sahaja. Honda baru-baru ini mengumumkan bahawa ia juga bakal tembus pasaran Eropah tetapi dengan trenkuasa hibrid sahaja. Menurut mereka, SUV ini bakal mengisi ruang antara HR-V dan CR-V dalam barisan SUV besar Honda.

Juga baca: Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah

But Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar! 05

Dari segi teknikal, HR-V untuk pasaran Amerika agak unik kerana ia menggunakan susunan suspensi belakang jenis independent. Apapun, Honda belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai trenkuasa yang bakal ditawarkan tetapi ia mungkin sama dengan Civic seperti yang dinyatakan di bawah:

  • 2.0L NA i-VTEC (158 PS/187 Nm)
  • 1.5L VTEC Turbo (180 PS/240 Nm)
  • 2.0L hibrid i-MMD (184 PS/315 Nm)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda CR-V 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru