window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022

Zamil Syaheer · Mar 4, 2023 06:00 PM

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 01

Tahun lepas, BYD menjual sebanyak 1,804,624 unit kenderaan di China, mengukuhkan dirinya sebagai jenama domestik terlaris. BYD juga mempunyai bahagian pasaran terbesar di China pada 8.8 peratus.

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 02

Membantu BYD mencapai angka jualan itu ialah BYD Song, SUV segmen C yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa termasuk enjin petrol pengecas turbo, hibrid plug-in (PHEV), serta versi elektrik sepenuhnya (BEV) .

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada tahun 2022, BYD menjual 478,811 unit BYD Song, menandakan peningkatan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 137.4 peratus berbanding 2021.

Baca juga: RHB: BYD pada 2023 akan lancar lagi 3 model EV di Malaysia - e6, Dolphin dan Seal

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 01

BYD Song juga merupakan SUV terlaris di China, jauh mengatasi pesaing seperti Haval H6 (250,120 unit), Honda CR-V (228,889 unit), dan Toyota RAV4 (167,965 unit).

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 02

BYD Atto 3 ialah salah satu daripada tawaran NEV daripada BYD

Selain daripada itu, BYD juga mencatatkan rekod jualan tertinggi bagi kenderaan tenaga baharu atau NEV (istilah China untuk kenderaan elektrik, xEV, kenderaan tenaga baharu, termasuk hibrid ringan dan hibrid plug-in) pada tahun 2022, berjumlah 1,799,947 unit - lebih 99 peratus daripada keseluruhan jualan 2022 BYD.

Baca juga: Jualan EV jenis 'range extender' makin laku di China, ramalan cecah 500,000 unit menjelang 2025

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 03

Geely Binrui untuk pasaran China

Menurut data jualan yang dikumpulkan oleh Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), jenama domestik kedua terlaris di China ialah Changan, yang menjual 1,274,208 unit, manakala tempat ketiga ialah Geely dengan jumlah 1,234,746 unit.

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 04

VW T-Roc untuk pasaran China

Jika jualan jenama asing digabungkan, maka keseluruhan jualan terlaris di China ialah Volkswagen, dengan jumlah 3,022,537 unit terjual. Ini termasuk kedua-dua usaha sama Volkswagen, FAW Volkswagen dan SAIC Volkswagen.

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 05

Toyota Camry untuk pasaran China

Toyota menjual sebanyak 1,770,767 unit kenderaan pada 2022. Daripada jumlah itu, GAC Toyota menjual 971,462 unit manakala FAW Toyota pula menyumbang baki 799,305 unit. Toyota paling laris di China ialah Toyota RAV4, menyaksikan 167,965 unit terjual pada 2022.

BYD ialah jenama domestik paling laris di China, lebih 1.8 juta kenderaan terjual pada tahun 2022 06

Honda Accord untuk pasaran China

Mengekori Toyota ialah Honda, yang menjual 1,374,768 unit kenderaan. GAC Honda menjual 722,362 unit, manakala Dongfeng Honda menjual 652,406 unit. Pembeli China memang minat betul dengan Honda CR-V; Sebanyak 222,829 unit terjual tahun lepas.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia