window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah, "sport car" elektrik menyusul!

Haris ยท Jan 11, 2023 09:00 AM

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

BYD, jenama kereta elektrik terlaris di China telah mengorak langkah dengan pelancaran sub jenama baharu iaitu YangWang. Pelancaran ini juga dilakukan bersama-sama dengan model pertamanya iaitu BYD YangWang U8, sebuah SUV elektrik mewah.

YangWang adalah sub jenama yang bakal mensasarkan pelanggan mewah. Selain daripada BYD YangWang U8 - SUV elektrik mewah ini, model kereta sport elektrik baharu juga diumumkan dalam pembangunan dengan nama BYD YangWang U9.

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Direka oleh Wolfgang Joseph Eiger, kenderaan baru ini menggunakan bahasa reka bentuk "Gate of Time and Space", yang menggabungkan unsur-unsur futuristik dengan gaya tegar.

Lampu depan berbentuk L adalah unik, dan ia sangat dikenali apabila dinyalakan. Walaupun bahagian dalam gril dihiasi dengan matriks titik, pusat gril bertatahkan dengan logo jenama.

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

Secara keseluruhan, SUV ini mempunyai siluet yang gagah. Dimensi SUV ini juga agak besar; panjang 5,300mm dan jarak roda 3,050mm. Ia juga dilengkapi dengan pemegang pintu tersembunyi serta reka bentuk aerodinamik pada gerbang roda. SUV baharu ini menggunakan rim 20-inci dengan saiz tayar 275/60 R20.

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

Di bahagian belakang, bentuk lampu ekor kelihatan sangat minimalis dengan pintu belakang yang dibuka sisi, dilengkapi dengan tayar ganti di luar.

Selain itu, pengeluar kereta itu mendedahkan bahawa SUV itu boleh terus memandu pada kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Ini bergantung kepada keupayaan kenderaan itu sendiri yang mampu menyesuaikan tork 1,000 kali sesaat, memastikan roda terkawal walaupun pancit.

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

SUV itu juga menyokong 'mod ketam' untuk menawarkan lebih keupayaan bagi kenderaan yang besar seperti SUV ini apabila di jalan "off road" di samping mampu mengawal permukaan memandu sambil meredah air dalam. Pecutan dari 0-100 km/j adalah selama 3 saat sahaja.

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

BYD lancarkan YangWang U8 - sub jenama baharu sasar pelanggan mewah,

YangWang ialah sub-jenama mewah baharu BYD, diumumkan oleh BYD pada November 2022. Menurut pengeluar kereta itu, jenama mewah ini dijangka mengeluarkan kenderaan dalam lingkungan harga 800,000 yuan hingga 1.5 juta yuan (RM 516,640 - RM 968,700).

Tiada sebarang harga yang didedahkan untuk BYD YangWang U8 setakat ini namun portal media automotif China menjangkakan harganya bermula daripada 1 juta yuan (RM 645,800)

Baca: Jualan EV BYD untuk 2022 hampir potong Tesla, yakin boleh 'tapau' kalau rentak dikekalkan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda