window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden?

Haris ยท Nov 10, 2021 11:59 AM

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 01

Umum mengetahui bahawa Geely Group Holding sedang membangunkan sebuah trak jarak jauh yang berkuasa elektrik (EV) untuk menentang trak EV lain seperti Tesla Semi. Kini, model trak jarak jauh tersebut hampir menjadi kenyataan berikutan pendedahan foto dan video pertama Farizon Homtruck yang baharu.

Farizon Auto, jenama kenderaan komersial Geely (seperti bas dan lori), berharap untuk memulakan pengeluaran dan penghantaran trak jarak jauh yang dikuasakan tenaga baharu pintar ini menjelang tahun 2024.

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Arkitektur Homtruck dibina untuk menyokong pelbagai pilihan rangkaian kuasa. Pembeli boleh memilih kuasa pilihan antara range extender, hibrid metanol atau elektrik sepenuhnya dengan pilihan pertukaran bateri berdasarkan piawaian terbaru  yang dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi negara China.

Hal ini bermakna Farizon Homtruck boleh dicaj di stesen pertukaran bateri merentasi lebuh raya dalam masa beberapa minit sahaja tanpa memerlukan jumlah masa yang banyak.

Baca: Pemilik EV berebut 'charger', 'aircond' terpaksa 'off' - pengguna EV di China mengeluh ketika musim perayaan!

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 01

Farizon mendakwa bahawa Homtruck telah dibangunkan berdasarkan idea untuk mencipta rumah dalam trak jarak jauh. Hal ini kerana pemandu trak lebih kerap menghabiskan lebih banyak masa di dalam trak berbanding di rumah.

Oleh yang demikian, Homtruck mempunyai pilihan kelengkapan seperti bilik mandi yang lengkap dengan pancuran air dan tandas, katil bujang, peti sejuk, mesin pembuat teh, dapur, dan juga mesin basuh kecil. Farizon juga menggunakan bahan mesra alam seperti plastik mampan dan bahan bijirin buluh di kawasan pedalaman.

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 02

Tempat duduk juga direka secara ergonomik untuk mengurangkan keletihan manakala kamera berdefinisi tinggi membantu memantau jika pemandu berehat dengan baik serta fokus ketika memandu. Terdapat fungsi Pembantu AI (kecerdasan buatan) ditambah dengan kamera 360 darjah untuk membantu menghilangkan titik buta di sekeliling trak.

Ciri lain termasuk fungsi swapandu autonomi tanpa tangan Tahap 4. Farizon juga mendakwa bahawa mereka akan memperkenalkan ciri 'konvoi' untuk perjalanan yang lebih jauh. Sistem ini akan membolehkan trak berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengekalkan kelajuan dan jarak yang selamat.

Baca: Geely Farizon FX didedah, trak pikap berasaskan Proton X70! Boleh jadi Proton Arena?

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 03

Sensor perkakasan seperti lidar, radar gelombang milimeter dan radar ultrasonik akan menjadi peralatan standard bersama-sama dengan sambungan komunikasi 5G dan V2X. Seperti semua kenderaan Geely moden, Farizon Homtruck juga mampu menaik taraf perisian secara Over the Air (OTA).

Dengan sambungan 5G yang dilengkapi, Farizon telah mereka bentuk Homtruck untuk sentiasa berhubung dengan platform data besar rangkaian logistik untuk membantu pemandu mendapatkan pesanan paling optimum dalam masa nyata, menganalisis dan menjejaki penghantaran serta mengira kos operasi di sepanjang laluan.

Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden? 04

Homtruck juga mampu menganalisis data trafik dalam masa nyata lalu menerima atau mencadangkan laluan paling optimum.

Dengan rekaan hadapan yang futuristik seperti ini, kita boleh membayangkan Farizon Homtruck sebagai calon seterusnya untuk Optimus Prime!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda