window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal?

Zamil Syaheer · Sep 12, 2021 12:00 PM

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 01

Imej oleh fitfreak.net dan Car RC.

“Boss, camber depan you sudah lari, kena tukar ini bolt,”

Kerap kali saya dengar cerita ramai menukar skru camber (camber bolt / skru / nut) apabila menghantar kereta untuk membuat penjajaran roda (wheel alignment). Sekali tukar sebelah, tauke kedai minta RM30-60 sebiji, tak termasuk penjajaran roda.

Dari situ, timbul persoalan – perlu ataupun tidak tukar skru camber? Jom kami terangkan.

Sebelum itu, apa itu skru camber?

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 02

Imej oleh Careta.

Ia adalah skru yang boleh mengubah sudut camber dan berkait rapat dengan sudut toe yang dilaras ketika membuat penjajaran roda. Kebiasaannya, skru camber ini tidak dilindungi dalam waranti pengeluar, manual baik pulih, mahupun dalam jadual penyelenggaraan kereta. Malah, tiada satupun pengeluar kereta yang menghasilkan skru camber ini sebagai alat ganti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejap - apa itu camber dan toe?

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 01

Camber adalah sudut kecondongan ke dalam atau ke luar tayar depan seperti yang dilihat dari bahagian depan kenderaan. Terlalu banyak condong ke dalam (camber negatif) atau ke luar (camber positif), menunjukkan penjajaran yang tidak betul.

Secara ringkas, jika anda ingin meningkatkan prestasi ketika mengambil selekoh, anda inginkan camber negatif. Jika anda ingin tayar makan secara sekata, makan pilihlah camber sifar.

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 02

Toe mewakili sudut tayar ke dalam atau ke luar jika dilihat dari pandangan atas ke bawah pada roda depan - seperti melihat ke bawah pada kaki anda dan memusingkannya ke dalam (kaki-masuk) atau ke luar (kaki-keluar). Kedua-duanya memerlukan pelarasan. Toe yang betul penting untuk meratakan haus tayar dan memanjangkan hayatnya.

Jika tidak, stereng anda akan senget sebelah, dan kereta akan melencong ke kiri ataupun ke kanan sekiranya stereng dilepaskan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca artikel yang lebih menyeluruh tentang penjajaran roda disini.

Faham. Jadi adakah skru camber ini wajib ditukar?

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 03

Imej oleh  Car RC.

Jawapan ringkasnya – TIDAK PERLU.

Untuk memastikan bahawa info yang kami kongsikan ini sahih dan tepat, kami telah merujuk isu ini kepada Encik Syahrizal Jamaludin, Penasihat Teknikal di F Tuned Racing Suspension dan juga bekas pemandu profesional untuk Petronas Motorsports serta Proton R3. Lihat video dibawah:

@wapcar_zamil

Ingat geng, jadilah pengguna yang bijak! 😁 ##learnontiktok ##fypmalaysia ##carmalaysia ##belajaronline ##jombelajar ##kelastiktok ##malaysia ##ilmu ##camber ##alignment ##adjustable ##spring ##absorber ##chamber ##tayar ##kereta ##proton ##wira ##r3 ##perodua ##myvi ##kenari ##kancil ##ftunedracingsuspension ##fypシ

♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Penjelasan yang padat serta mudah, bukan? Jika anda kurang yakin, perlu kami ingatkan bawah pusat-pusat servis 2S/3S/4S dibawah pengedar rasmi kenderaan pun tidak menawarkan servis pelarasan camber ini.

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 04

Imej dari evoxforums.com.

Ini kerana agak sukar untuk sudut camber lari daripada asal, melainkan jika anda komponen lain rosak seperti penyerap hentak, kerosakan di ‘knuckle’ suspensi, rak stereng.

Jika anda rendahkan kenderaan anda sekalipun, dimana sudut camber akan menjadi negatif sedikit, ia masih lagi dibawah spesifikasi toleransi yang tidak membahayakan.

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 05

Malah skru camber yang dijual pun tidak ada jenama. Sama ada ianya lebih kuat dari asal ataupun tidak, itu kami tidak ada jawapannya. Kalau anda nak juga tukar, anda boleh membelinya pada harga serendah RM 4 sebiji di laman web e-dagang.

Tetapi, adakah nyawa anda semurah RM 4 sahaja? Fikir-fikirkan lah.

Konklusi

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 06

Penjajaran roda manual di F Tuned Racing Suspension - mantap!

Isu ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi masih ramai yang kurang peka atau mengambil tahu tentang betapa banyaknya kes penipuan oleh kedai tayar demi mengaut keuntungan melampau. Disaat ramai perniagaan kedai tayar dan bengkel terkesan akibat PKP, tidak hairan jika ramai yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.

Camber bolt – betul ke perlu ditukar setiap kali buat ‘alignment’, dan baloi bayar mahal? 07

Perhatikan skrin komputer ini ketika anda sedang membuat penjajaran di roda. Ia menunjukkan segala ukuran yang perlu anda tahu. Imej oleh lesschwab.

Oleh itu, sentiasa berwaspada dan sentiasa merujuk kepada pakar seperti F Tuned Racing Suspension untuk maklumat lebih lanjut.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda