window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke?

Faisal · Aug 14, 2021 12:00 PM

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 01

Kami pernah diajukan soalan yang berbunyi “adakah enjin kereta saya boleh meletup kalau campur dengan minyak enjin yang lain?”.

Persoalan ini boleh terlintas di fikiran pemilik sewaktu enjin mereka kekurangan minyak hitam. Maka itu, tertimbulah keraguan samada boleh atau tidak untuk mengisi dengan minyak enjin yang berbeza.

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 02

Campur minyak enjin boleh jadi macam ini ke?

Apa pula yang akan jadi kalau anda campurkan dengan minyak enjin dari jenama lain ataupun dengan kelikatan yang berbeza? Boleh meletup ke? Mari kami kupaskan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelikatan minyak? Apa benda tu?

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 01

Secara teknikal, maksud kelikatan merujuk kepada tahap mudah buat minyak enjin itu mengalir pada suhu spesifik. Gred kelikatan yang sesuai untuk enjin kereta anda pula boleh dirujuk pada buku panduan manual. Untuk perincian yang lebih mendalam tentang gred minyak enjin, anda boleh dapatkan pencerahan di video bawah.

Boleh ke campur minyak enjin yang berlainan gred walaupun jenamanya sama?

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 02

Katakanlah salah satunya minyak sistetik penuh bergred 5W-30 dan satu lagi pula minyak separa-sintetik bergred 10W-40. Sangat berbeza kan? Tetapi jawapannya adalah boleh.

Senang cerita, lebih baik ada minyak enjin daripada tiada langsung. Tetapi untuk maklumat anda, gred minyak enjin yang diguna pada setiap kereta adalah berbeza.

Juga bacaMinyak enjin sintetik tidak bagus untuk kereta lama?

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 03

Minyak enjin berfungsi untuk melancarkan pergerakan dalam enjin. Jadi, lebih ada daripada tiada langsung kan?

Walau bagaimanapun, tidak menjadi masalah sekiranya gred dicampurkan ataupun tidak diikut oleh pengguna. Cumanya, prestasi dan penjimatan minyak tidak akan mencapai tahap yang optimum.

Jadi, kereta anda akan rasa kurang ‘pickup’ dan kurang menjimatkan minyak.

Bagaimana pula dengan jenama minyak enjin yang berlainan?

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 04

Kalaulah jenama berbeza tapi gred kelikatannya sama, tiada masalah pun untuk anda campurkan.

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 05

Tetapi perlu dimaklumkan bahawa setiap jenama ada bahan tambahan yang tersendiri. Jenama seperti Shell dan Petronas mengeluarkan belanja yang begitu tinggi untuk menghasilkan formula yang tepat. Jadi, kalau campur dengan jenama yang berbeza, tak sampailah ‘feel’ minyak enjin jenama tersebut.

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 06

Apapun, kami sarankan anda untuk sediakan 1 liter minyak enjin ganti dan letakkannya di but belakang. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu risau atau bersusah payah untuk mencari minyak enjin sekiranya betul-betul perlukannya ketika itu.

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke? 07

Contoh botol minyak enjin 1 liter. Tak besar mana pun.

Lagipun, ia dapat mengelakkan enjin anda daripada bercampur dengan minyak enjin yang berlainan. 

Juga baca“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda