window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air

Mersita · Jan 4, 2021 07:00 PM

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 01

Setiap tahun, pasti ada musim banjir di beberapa kawasan sekitar Malaysia. Awal tahun 2021 disambut dengan kedatangan hujan lebat yang meliputi hampir seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang hari, lagi-lagi ketika cuti hujung minggu panjang dimana ramai penduduk Malaysia merentas negeri. Ada yang terkandas di kampung halaman, ada juga yang tersekat di lebuh raya dek hujan yang seperti tiada penghujungnya.

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 02

Gambar: Bernama

Lebih menyedihkan, kita dikejutkan dengan berita kenderaan yang hanyut dibawa arus deras sehingga menyebabkan kehilangan jiwa. Baru-baru ini, dilaporkan seorang lelaki yang memandu Proton Waja di Kluang hanyut dibawa arus deras dalam cubaan beliau untuk meredah banjir. Mangsa sempat memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan isteri tercinta namun malangnya mangsa hilang dibawa arus banjir bersama-sama kenderaan yang dipandu.

Operasi menyelamat pula menjadi semakin sukar kerana hari sudah gelap pada malam tadi. Mangsa masih belum ditemui setakat waktu artikel ini ditulis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 01

Gambar: Bernama

Jika anda berada di kawasan banjir semasa memandu, apakah risiko-risikonya terhadap diri anda sendiri dan juga kenderaan yang dipandu? Jika tersekat dan mahu mencuba nasib meredah banjir tersebut, apa pula yang patut anda lakukan terlebih dahulu?

Kaji persekitaran terlebih dahulu. Jangan terburu-buru!

Secara amnya, kami tidak sarankan sesiapapun untuk meredah banjir. Bagi keselamatan bersama, nasihat kami ialah ambil masa anda dan kaji persekitaran terlebih dahulu.

Usah risau jika anda memperlahankan laluan pemandu lain; berhenti di sisi jalan dan cuba lihat kereta tinggi lain yang cukup yakin untuk meredah kawasan tersebut. Jika kereta jenis sama dengan yang anda pandu mampu meredah melalui satu sisi jalan dengan agak baik, anda boleh cuba kemudikan kereta anda pada laluan yang sama.

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 02

Bila dah jadi macam ni, maaf, tak boleh buat apa dah...

Langkah kedua pula, anda boleh turun dari kereta dan cuba kaji kedalaman banjir di laluan yang hendak diredah. Ambil payung atau batang kayu yang panjang untuk ‘rasa’ dan periksa jika ada lubang yang terbuka, kerana kadangkala ada penutup lubang yang tercabut disebabkan arus dan tekanan air yang tinggi.

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 03

Gambar: Media Selangor

Ini juga masanya untuk melihat betapa derasnya air banjir tersebut. Jika terlalu deras dan air sudah menjangkau paras betis, usahlah diredah kerana air yang cukup dalam dan deras boleh menyebabkan kereta anda teralih dengan sendirinya. Kalau hanyut sekelip mata, anda dah tak boleh buat apa-apa melainkan menyelamatkan diri dan mengorbankan kereta kesayangan anda.

Dah ‘check’ semua, yakin nak redah banjir? Ini saranan terbaik kami, tapi risiko tanggung sendiri.

  • Tutup penghawa dingin atau aircond kereta.
  • Masuk ke kawasan banjir pada kelajuan rendah, seperlahan pejalan kaki, lebih kurang 3 km/jam sebelum tayar kereta anda masuk ke dalam air, dan naikkan kelajuan sedikit pada 6 km/jam apabila berada di dalam air banjir. Ini akan menghasilkan ‘bow wave’ di hadapan kenderaan supaya ada penurunan tahap air di bawah ruang enjin, dimana ini akan mengurangkan risiko air masuk ke dalam enjin.
  • Jangan ikut kenderaan hadapan dengan terlalu rapat. Amalkan penjarakan sosial bagi mengurangkan risiko tersekat secara berjemaah.
  • Elakkan sedaya upaya daripada berhenti di tengah-tengah banjir kerana ‘bow wave’ yang anda hasilkan tadi boleh masuk semula ke ruang enjin.
  • Guna gear rendah. Pemandu kereta automatik boleh gunakan gear L atau D, tapi yang penting tekan pendikit dengan sekata tanpa tersekat-sekat atau menukar-nukar kelajuan. Luncur secara konsisten dan sekata.
  • Awas dengan kenderaan yang datang dari arah lain kerana arus dari kenderaan mereka akan mengubah aliran air bawah kereta anda. Masuk air, nahaslah enjin.
  • Sesudah lepas, tekan brek dengan lembut untuk keringkan sistem brek sebelum ia boleh digunakan seperti biasa.

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 04

Dah berjaya redah banjir? Tiba masanya untuk periksa kondisi enjin kereta kesayangan anda. Macam mana nak tahu kalau enjin dah masuk air?

Dah sampai rumah/stesen petrol/R&R atau kawasan teduh yang selamat, periksa enjin kereta anda. Keluarkan ‘dipstick’ dan lihat konsistensi atau warna minyak enjin anda. Kalau minyak nampak berkeladak, maksudnya enjin dah masuk air. Penapis udara yang basah juga tanda air dah masuk. Buka kotak udara dan periksa untuk dapatkan kepastian.

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 05

Kiri: 'Air filter' atau penapis udara. Kanan: Rupa minyak enjin yang berkeladak

Jangan dihidupkan semula enjin jika perkara diatas ditemui. Hubungi trak pengangkut atau ‘towing’ dan bawa kereta anda ke bengkel bagi mengelakkan kerosakan yang lebih parah. Bagi trak pikap 4x4 pula, periksa minyak differential belakang kenderaan anda.

Tip ekstra untuk motosikal!

Bagaimana pula dengan motosikal? Jangan katakan banjir, langgar lopak pun enjin motosikal boleh masuk air, tau.. Apabila enjin motosikal yang masuk air tak dapat dihidupkan, anda boleh cuba kaedah seperti di dalam video berikut, manalah tahu menjadi:

Kesimpulan

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air 06

Gambar: Berita Harian

Kalau boleh, elakkanlah meredah banjir dan tunggu sehingga air reda. Tapi, kami faham ada masanya anda tersekat di tengah-tengah jalan tanpa ada cara lain. Terutama sekali apabila air deras dan banjir dalam, kami sarankan anda patah balik sajalah untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sayang kereta, sayang nyawa lagi penting.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda