window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD

Faisal ยท Jun 23, 2021 01:30 PM

Carsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD 01

Platform kereta terpakai dalam talian di Asia Tenggara, Carsome Sdn. Bhd. bakal disiarkan di Amerika Syarikat melalui sebuah perjanjian yang membuatkan ia syarikat permulaan Malaysia pertama dengan penilaian lebih dari 1 bilion USD.

Carsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD 02

Syarikat ini sedang bekerjasama dengan para penasihat dan kini mensasarkan penilaian sebanyak 2 bilion USD. Mereka mungkin berganding bahu dengan sebuah syarikat istimewa ataupun dengan initial public offering (IPO) konvensional. Perjanjian yang bakal ketengahkan lagi syarikat ini mungkin diikat seawal akhir tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa ini, syarikat Carsome yang berasas di Kuala Lumpur ini sedang mengumpul dana pra-IPO untuk menjana sekitar $150 juta.

Carsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD 01

Apapun, perbincangan sedang dilaksanakan tetapi perinciannya tertakluk pada pindaan.

Dengan penilaian mencecah 2 bilion USD, Carsome bakal menjadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan hasil sebanyak itu. Syarikat platform jualan kereta ini akan sertai syarikat serantau seperti Tiket.com dari Indonesia serta PropertyGuru Pte dan Grab Holdings Inc. dari Singapura untuk disenaraikan di Amerika Syarikat melalui gandingan bahu dengan beberapa pihak.

Carsome bakal jadi syarikat permulaan Malaysia yang pertama dengan nilai 2 bilion USD 02

Eric Cheng, pengasas bersama & CEO Carsome.

Untuk maklumat anda, Carsome ditubuhkan pada tahun 2015 dan sejak itu, mereka telah berkembang ke Indonesia, Thailand, dan juga Singapura. Menurut laman rasminya. platform ini menguruskan jualan lebih dari 40,000 kereta setiap tahun denga nilai transaksi yang mencecah $600 juta. Selain itu, mereka turut berurusan dengan lebih dari 8,000 pengedar kereta terpakai yang mana secara keseluruhannya telah menerima lebih dari 2.3 juta bidaan.

Untuk pengetahuan anda, pesaing serantaunya dari Singapura, Carro, menjana $360 juta pada Jun bagi memacu perkembangan di Thailand dan Indonesia sebelum cuba untuk disenaraikan di Amerika Syarikat.

Grab pula bagaimana? Kalau anda nak tahu, Grab hanya mencapai nilai 1 bilion USD setelah berpindah dari Malaysia ke Singapura.

Sumber: Bloomberg

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda