window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan

Mersita · Sep 3, 2021 09:00 AM

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 01

Di kala waktu sukar ini, laman sesawang e-dagang jual-beli kereta terpakai atas-talian, Carsome, telah menjalankan pelbagai program bantuan bagi membantu kakitangan dan rakan niaga kereta terpakai mereka kembali bekerja. Syarikat itu juga telah memperkenalkan satu program pembiayaan auto istimewa bagi membantu graduan baru untuk membeli kereta pertama mereka.

Bagi memastikan keselamatan para kakitangannya terjaga dan bagi membolehkan mereka kembali bekerja secepat mungkin, Carsome juga memperkenalkan program vaksinasi bagi mereka.

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inisiatif ini akan membantu golongan kakitangan yang masih belum menerima temu janji vaksinasi mereka supaya mereka boleh mendapatkan vaksinasi dengan lebih cepat.

“Merekalah tulang belakang Carsome, dan keselamatan serta kesihatan mereka menjadi keutamaan kami. Oleh yang demikian, kami baru sahaja melancarkan program vaksinasi untuk kakitangan kami sendiri bagi memastikan keselamatan kakitangan serta pelanggan terjaga,” kata Eric Cheng, rakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome.

Baca juga: Carsome kini bernilai 1.3 bilion USD, syarikat permulaan Malaysia terbesar dalam sejarah

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 01

Setakat ini, hampir 150 orang kakitangan Carsome Malaysia dan pelajar Carsome Academy telah, atau akan, menerima vaksin menerusi inisiatif ini. Di samping itu, Carsome juga melanjutkan program vaksinasi mereka di kalangan rantaian pembekal dan peruncitnya.

Membantu perniagaan untuk kembali berdiri

Bagi membantu rakan niaga mereka untuk kembali berdiri teguh, Carsome telah memperkenalkan ‘Used Car Dealers Buy Back Programme’, dimana rakan penjual Carsome dibantu untuk membeli semula kereta yang dibeli mereka dari Carsome pada harga yang sama dengan jumlah yang sudah dibayar.

Baca juga: Carsome beli saham ekuiti pusat bidaan kereta terpakai Indonesia, PT Universal Collection

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 02

Setakat ini, Carsome telah berjaya membeli semula kereta daripada lebih dari 10 penjual dengan nilai keseluruhan hampir RM 1 juta. Menerusi program ini, syarikat itu berharap untuk membantu rakan niaga mereka dalam mengekalkan aliran tunai dan kecairan bagi membantu mereka mengharungi kesukaran yang dihadapi sepanjang pandemik ini.

Membantu golongan belia ketika baru mula bekerja

Carsome juga memperkenalkan satu program pembiayaan auto istimewa bagi membantu graduan baru memulakan fasa kerjaya mereka. Program ini akan memudahkan graduan baru tanpa skor kredit untuk memohon pinjaman dari bank-bank konvensional.

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 03

Asalkan golongan belia ini telah lulus graduasi sejak lima tahun lalu dengan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, mereka hanya perlu menyediakan surat tawaran lantikan dan seorang penjamin tanpa syarat minimum untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli kereta Carsome Certified. Kriteria ini berbeza daripada penjamin tradisional yang dipinta oleh bank-bank biasa.

Menjaga kebajikan komuniti di sekelilingnya

Susulan kenaikan trend #BenderaPutih di kalangan rakyat Malaysia yang terkesan teruk dengan pandemik masa kini, Carsome memulakan satu program sumbangan bagi membeli barang keperluan untuk diagih-agihkan kepada golongan memerlukan.

Carsome bantu mangsa #benderaputih, tubuhkan ‘food bank’ sebagai ihsan 04

Syarikat itu juga berkolaborasi bersama SESO, sebuah perusahaan tanpa-untung tempatan yang aktif membanteras kemiskinan makanan. Sebagai rakan pengangkutan, Carsome aktif membantu SESO untuk menghantar makanan serta bekalan ke pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang.

Pada hujung minggu yang lalu, mereka telah menghantar lebih daripada 100 pakej bantuan hasil sumbangan HappyFresh kepada golongan yang memerlukan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda