window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Mersita · Nov 4, 2020 10:00 AM

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 01

Semenjak penerbitan laporan pertama mereka pada tahun 2013, ASEAN NCAP menjadi satu rujukan penting untuk tahap keselamatan jalanraya di rantau Asia Tenggara. Kereta-kereta yang diberikan penilaian maksima 5 bintang pastinya sangat mengagumkan.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 02

Salah satu kereta pertama yang menerima penilaian 5 bintang oleh ASEAN NCAP

Berdasarkan kaedah penskoran 2017-20 terbaru, sebanyak 25 daripada 37 kenderaan yang diberi penilaian maksima 5 bintang. Banyak juga kan? Tapi, dalam kalangan 25 buah kenderaan ini, mana satu yang paling selamat?

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 03

Penilaian ini tidak tidak tergolong dalam kaedah yang diguna-pakai sekarang

Untuk pengetahuan anda, sebelum kaedah 2017-2020 dikemaskini, sebahagian besar daripada penilaiannya adalah untuk adult occupant protection (AOP) / keselamatan orang dewasa, child occupant protection (COP) / keselematan kanak-kanak, serta satu prasyarat asas untuk penilaian 5 bintang dimana kenderaan tersebut mempunyai ESC dan pengingat tali pinggang keledar atau tidak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, dengan penggunaan teknologi bantuan keselamatan / safety assist technologies (SAT) dikira sebagai salah satu aspek utama dalam pelan terbaru ASEAN NCAP, ADAS termasuk dalam pengiraan penilaian yang dilakukan.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 01

Berapa selamatkah kereta yang diuji? Dibawah ialah senarai 25 kereta yang menerima penilaian 5 bintang yang disusun bermula dari mata paling tinggi hingga mata paling rendah.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 02

Red represents 80-85 points, yellow represents 85-90 points, green represents 90-100 points

Seperti yang boleh dilihat dalam senarai ini, 5 kereta dengan mata tertinggi diberi skor lebih daripada 91 mata. Kami nak huraikan lagi setiap satu ciri-ciri 5 kereta-kereta ini.

Hyundai Ioniq – 91.98 mata

Hyundai Ioniq, salah satu kereta baru yang paling cekap minyak dijual di Malaysia, adalah kereta yang paling selamat menurut ASEAN NCAP. Tapi, jika penilaian ini dikira berdasarkan skor AOP semata-mata, ia boleh jadi kereta yang sekadar cukup selamat.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 03

Berdasarkan data mereka, ruang ‘compartment’ memberi perlindungan yang memadai untuk penumpang di hadapan manakala pemandunya pula besar kemungkinan akan menerima impak lebih tinggi. Tapi, ia cukup dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan seperti AEB, LDW, FCW, dan LKA yang mendapatkannya skor sangat tinggi berdasarkan SAT.

Honda Accord – 91.79 mata

Mungkin ada yang tak gemarkan rupa bentuk Honda Accord tapi tak dapat disangkal lagi yang ia adalah salah satu kereta paling selamat di luar sana. Kelengkapan keselamatan ADASnya boleh didapati di semua pasaran Asia Tenggara melainkan Laos dan Vietnam.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 04

Jika dibandingkan dengan Ioniq, Accord juga menawarkan perlindungan yang lebih bagus untuk penumpang di hadapan. Data menunjukkan yang kedua-dua patung dummy mempunyai perlindungan yang memadai di bahagian kaki.

Toyota Camry – 91.74 mata

Mengiringi Accord di tempat ketiga ialah pesaing ketatnya iaitu Toyota Camry. Menurut laporan ASEAN NCAP, Camry menawarkan perlindungan yang bagus secara keseluruhan bagi penumpang di hadapan. Tapi, sama seperti Accord, kawasan kaki patung dummy diberi perlindungan yang cukup-cukup.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 05

Dibandingkan dengan Accord, ia kehilangan mata pada penskoran COP. Berdasarkan laporan tersebut, Camry gagal dalam penilaian pemasangan child restraint system (CRS) di tengah-tengah tempat duduk barisan kedua untuk tempat duduk kanak-kanak Combi Malgot dan Combi Buon Junior yang menghala ke hadapan. Secara keseluruhannya, ini hanyalah kekurangan kecil dalam penilaian Camry.

Mitsubishi Eclipse Cross – 91.36 mata

Crossover SUV dengan nama yang pernah suatu ketika jadi kontroversi, kini diangkat sebagai crossover paling selamat oleh ASEAN NCAP. Tapi malangnya, kereta ini tidak dijual di pasaran kita.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 06

Eclipse Cross yang diuji hanya boleh didapati di 3 pasaran Asia Tenggara iaitu Singapura, Indonesia, dan Brunei. Laporan tersebut menunjukkan yang penumpang dan pemandu di hadapan diberi perlindungan yang bagus secara keseluruhannya kecuali bahagian dada pemandu.

Toyota C-HR – 91.31 mata

Merangkul mata paling tinggi untuk AOP ialah crossover segmen B ini, Toyota C-HR, yang mungkin akan diberhentikan dalam pasaran tak lama lagi. C-HR menerima 49.72 mata daripada 50 mata penuh dan ia membuatkan C-HR kereta paling bagus antara yang diuji.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 07

Walau begitu, ia tidaklah betul-betul sempurna. Data menunjukkan bahagian dada pemandu mendapat perlindungan yang memadai dalam kemalangan. AEB, LDW, FCW, dan LKA boleh didapati di pasaran Singapura dan Thailand dan ini membantu memberikannya skor hebat dalam SAT.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 08

Kereta-kereta yang melengkapi senarai Top 10 yang selebihnya diikuti oleh Toyota Majesty/Granvia, Proton X70, Honda CR-V, Toyota Corolla Altis, dan pada tempat ke-10 Toyota Corolla Cross.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 09

Ada beberapa perkara menarik yang boleh diambil dari penskoran ini. Salah satu daripadanya ialah Perodua Aruz mempunyai skor yang lebih tinggi daripada kembarnya, Toyota Rush. Perkara ini telah dijelaskan dengan terperinci tapi sebahagian besarnya melibatkan kelengkapan keselamatan standard yang ditawarkan serta jumlah pasaran yang menjual kenderaan tersebut.

Lagi satu perkara menarik yang kami temui ialah skor hebat Perodua Myvi. Ia hampir-hampir masuk Top 10 tapi dengan 88.27 mata, ia boleh dikatakan hatchback segmen B paling selamat yang diuji oleh ASEAN NCAP.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 10

Saiz sebenarnya tak begitu penting dari segi keselamatan

Toyota Yaris yang bukan saja mengalahkan satu-satunya pesaing dalam segmen B yang juga memperoleh penilaian 5 bintang, ia juga mengalahkan kenderaan bersaiz lebih besar seperti Toyota Innova, Isuzu D-Max, dan Nissan Terra. Ya, ini juga termasuklah Proton X50 walaupun ia mempunyai kelengkapan keselamatan yang lebih canggih.

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP 11

Inilah dia kereta-kereta yang paling selamat berdasarkan penilaian ASEAN NCAP. Agak menarik jika dilihat kereta-kereta rakyat marhaen yang kini sudah dilengkapi dengan sistem keselamatan moden yang dahulunya cuma ada pada kereta-kereta mewah dan mahal.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda