window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cecah jualan RM 1 juta di TikTok, Siti Jamumall dapat Lamborghini Huracan dari Mommy Hana

Mersita · Sep 5, 2022 03:00 PM

Cecah jualan RM 1 juta di TikTok, Siti Jamumall dapat Lamborghini Huracan dari Mommy Hana 01

Pempengaruh dan usahawan muda, Siti Suriani Wahiddin atau lebih popular sebagai Siti Jamumall, dihadiahkan kereta mewah jenis Lamborghini Huracan sempena hari lahirnya yang ke-23 dan juga sebagai tanda penghargaan dari Mommy Hana.

‘Sports car’ berharga RM 1.5 juta itu diterima Siti dengan tangan menggigil dan penuh rasa kejutan kerana tidak menyangka pengasas Mommy Hana, jenama produk pendidikan dan makanan tambahan kanak-kanak, memberi hadiah semewah itu ketika berlangsungnya majlis Mommy Hana pada hujung minggu lalu.

Cecah jualan RM 1 juta di TikTok, Siti Jamumall dapat Lamborghini Huracan dari Mommy Hana 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah juga habuannya apabila Siti berjaya mencatat rekod jualan tinggi untuk produk Mommy Hana di platform TikToknya. Dalam tempoh hanya enam jam TikTok Live, Siti Jamumall berjaya mencapai jualan RM 1 juta dalam kolaborasinya bersama jenama produk kanak-kanak tersebut!

Menurut laporan Malaysia Gazette, Siti berkata ia memang sesuatu yang luar biasa dan sekarang dia juga berada di tangga teratas untuk kedudukan jualan paling banyak dalam jangka masa yang singkat. “Dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” ujarnya gembira.

@byraamoy Pergh gempak hadiah birthday lambo 😱 #mommyhanabacktoschool #sitijamumall #jamumallcom ♬ original sound - byraamoy

“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” tambahnya lagi.

Selain membuat kolaborasi dengan jenama lain, Siti Jamumall turut menjual pelbagai produk 'viral' lain seperti pemutih gigi WhiteKish.

Juga baca: Isi minyak Lamborghini Huracan RM 400 pun nak tunjuk, wanita dikecam main 'phone' di stesen petrol

Viral: Pemilik Lamborghini tular, beri 'gift' di TikTok sesuka hati cecah RM 30k!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda