window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan

Mersita · Nov 12, 2021 07:00 PM

Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan 01

Celcom Axiata Bhd (Celcom) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama PLUS Malaysia Bhd (PLUS) semalam dalam usaha untuk memacu pembentukan Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan yang merangkumi penyelesaian inovatif bagi memajukan sistem perjalanan komuniti lebuh raya.

Kerjasama ini akan melibatkan kemajuan dari segi pengurusan ‘fleet’, integrasi platform Celcom dan PLUS bagi program kesetiaan pelanggan, serta penerokaan aplikasi 5G bagi menyediakan pengalaman perjalanan lebih canggih dan efisien bagi pengguna lebuh raya. Pembangunan ini disokong oleh platform kesalinghubungan LTE dan Internet Pelbagai Benda (IoT) milik Celcom.

Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa faedahnya untuk pengguna jalan raya? Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan ini bakal dimulakan dengan pembangunan Penyelesaian Pengurusan 'Fleet' Pintar, iaitu sistem untuk menjejak kenderaan, mempertingkat keselamatan dan kesihatan pemandu, serta pengurusan penyelenggaraan kenderaan. Ini bukan sahaja mempertingkat keselamatan bagi komuniti lebuh raya, ia juga boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti fleet kenderaan PLUS bagi kemudahan pengguna.

Kerjasama antara PLUS dan Celcom ini juga membawa kepada pembangunan produk dan perkhidmatan seperti kesalinghubungan mudah alih bagi ahli PLUSTrack dan rakan niaga di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS.

Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan 01

Aplikasi Celcom Life dan PLUS App juga akan menyediakan program kesetiaan pelanggan melalui platform PLUSMiles dan Celcom Rewards bagi merancakkan lagi usaha ini.

Selain itu, kerjasama ini juga akan meneroka aplikasi penyelesaian 5G yang menyokong operasi lebuh raya. Penyelidikan dan pembangunan teknologi sokongan bagi Sistem Pemanduan Berbantu dan Kenderaan Berautonomi juga akan disokong oleh kerjasama ini.

Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan 02

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi, berkata usaha ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat itu untuk bergerak lebih maju dalam Revolusi Perindustrian (IR4.0) dan mempercepatkan adaptasi IoT bagi industri di Malaysia.

"Celcom dan PLUS mempunyai persamaan iaitu menghubungkan rakyat Malaysia melalui keupayaan dan infrastruktur kami. Saya yakin sinergi antara dua organisasi ini dapat mengubah ekosistem jalan raya dan pengangkutan negara, menuju ke arah negara pintar digital," katanya.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata PLUS sentiasa meneroka peluang untuk memperkasakan perhubungan lancar sedia ada dan ini membolehkan syarikat itu untuk memberi impak positif kepada persekitaran sosio ekonomi, seterusnya mempertingkatkan kehidupan pengguna.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda