window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar?

Mersita · Apr 19, 2021 03:00 PM

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 01

Seperti ramai sudah sedia maklum, Kesatuan PONSB (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang terdiri daripada pekerja-pekerja Proton di Shah Alam merancang untuk menjalankan satu protes aman dengan memakai pengikat kepala merah; bertujuan untuk menggesa pihak pengurusan tertinggi Proton dalam mengotakan janji-janji yang diberi sebelum ini serta mengambil-endah aduan pekerja yang telah diutarakan.

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 02

Memetik laporan dari Careta, aduan-aduan ini dibuat di dalam satu memo yang sepatutnya dikeluarkan oleh Kesatuan PONSB sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, merujuk kepada memo terkini Kesatuan itu, nampak gayanya pihak pengurusan tertinggi Proton cepat-cepat mahu meredakan situasi ini dimana mereka kini telah bersetuju untuk melaksanakan permintaan-permintaan seperti berikut:

  • Skim Staff Purchase, Skim Staff Purchase 25 Tahun, dan Skim Staff Purchase keluarga terdekat yang akan disambung kembali.
  • Pembayaran insentif HOE di mana pihak syarikat akan memaklumkan kepada Kesatuan untuk perbincangan semula.
  • Pembayaran bonus tahun 2020 akan dilaksanakan pada 30 April 2021.

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 01

Apakah masalah yang dihadapi sehinggakan ahli Kesatuan itu merancang untuk menjalankan protes? Bagi yang belum tahu, ia timbul atas sebab-sebab berkait yang berikut:

  • Pekerja diminta bekerja lebih dari 10 jam sehari untuk enam hari seminggu, pekerja akur atas sebab mahu meningkatkan prestasi syarikat.
  • Insentif dijanjikan untuk pekerja jika sasaran tercapai namun semuanya didiamkan dan tidak diendahkan.

Selain dari itu, satu dokumen yang didedahkan kepada Careta juga menunjukkan beberapa aduan telah dibuat oleh Kesatuan itu, antaranya:

  • Isu penarikan faedah pekerja sedia ada.
  • Pembayaran insentif 'Happy Operation Entity' (HOE) yang tidak berbayar sejak Januari 2021.
  • Perbincangan berkaitan bonus tahun 2020.

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 02

Baca juga: Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam?

Kegusaran yang dialami ahli kesatuan itu sudah sekian lama dipendam kerana mereka tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Namun, tindak balas pihak pengurusan tertinggi dari luar mahupun dari dalam negara sendiri dilaporkan sering berdolak-dalik dan tidak menunjukkan sebarang tanda ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi para pekerja syarikat automotif nasional terbabit.

Kepakaran dan kejuruteraan tempatan dianak-tirikan?

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 03

Tak cukup dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, Dr. Li Chunrong, juga dikatakan ‘pilih bulu’ dimana beliau cenderung mengambil tenaga profesional dari China yang kebanyakannya muda serta kurang berpengalaman bagi menggantikan jawatan pengurus kanan dan ke atas – dahulunya diisi oleh pengurus warga tempatan yang telah tamat kontrak.

Baca juga: Dr Li Chunrong: Proton bakal mengatasi Perodua pada 2027 atau lebih awal

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 04

"Sepatutnya Proton yang belajar dari Geely, tetapi apa yang dilihat sudah menjadi sebaliknya," ujar seorang lagi sumber. Sumber dari laporan itu juga berkata yang projek-projek penghasilan model Proton sendiri ditolak dan digantikan dengan projek rebadging (model Geely dilencanakan semula untuk Proton).

Walaupun projek sendiri lebih berdaya saing dan kos efektif, kontrak kejuruteraan dari Geely yang jauh lebih mahal dipilih.

Baca juga: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

CEO Proton akhirnya akur permintaan Kesatuan pekerja, ada isu lebih besar? 05

"Apa yang sekarang ini diperlukan ialah kajian rasmi berapa nilai RM yang sebenarnya mengalir keluar ke Geely dari Proton kerana kandungan komponen tempatan masih kurang dan sekarang ini ditambah dengan nilai kerja kejuruteraan dari luar," tegasnya.

Pekung sudah dibuka, adakah pendedahan kontroversi ini dari ahli Kesatuan PONSB akan menjadi satu langkah pertama penting dalam pemerkasaan semula jenama tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selama ini?

Sumber berita: Careta

Baca juga:

Proton, Perodua terlalu selesa. Hyundai-Kia mendominasi, kerajaan Korea beri sasaran, bukan ganjaran

Tanpa cukai, Toyota Corolla Cross 2021 jauh lebih murah dari Proton X70 ‘high spec’!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda