window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini?

Khairil ยท Apr 20, 2022 01:30 PM

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 01

CFMoto melancarkan taruhan terbaharunya dalam segmen 'Sportbike', CFMoto 450SR (2022) di pasaran China, baru-baru ini dan perkembangan menarik, motosikal yang tampil sebagai model konsep di EICMA 2021 itu dikhabarkan bakal memasuki pasaran Malaysia seawal tahun ini.

Seperti model konsep dikenali sebagai SR-C21 yang dipertontonkan di Itali itu, CFMoto 450SR tampil dengan rekaan yang sama namun mengalami beberapa perubahan dari sudut komponen selain pengesahan trenkuasa. 

Juga baca: CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 01

Sekalipun spesifikasi penuh masih belum diumumkan, CFMoto sudah pun membuka tempahan motosikal ini di China bersama harga pengenalan 31,980 yuan (RM 21,339) dengan penghantaran dijangka bermula pada Julai.

Dan kurang daripada beberapa selepas itu, motosikal yang memiliki rekaan mengancam itu dikatakan akan memasuki pasaran tempatan, menurut laporan rakan media MotoMalaya.

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 02

Lebih menarik, berdasarkan info yang didedahkan pengedarnya di Malaysia, CFMoto 450SR akan dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersempena perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP.

Sekalipun belum dapat dipastikan, pelancaran itu tampak relevan kerana CFMoto mempunyai pasukan dalam kelas Moto3 di kejuaraan berkenaan.

Juga baca: CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan!

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 03

Berbalik kepada CFMoto 450SR, seperti namanya ia dipadankan dengan enjin bersesaran 449 cc, 2 Silinder yang berupaya menghasilkan kuasa 50 Hp dan tork 39 Nm.

Juga baca: Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 04

Sekalipun tidak menggunakan brek cakera berkembar (depan) seperti model konsep SR-C21, CFMoto 450SR tampil dengan brek cakera tunggal dengan kaliper Brembo 4 piston yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Seperti imej yang terdedah pada bulan lalu juga, CFMoto 450SR memiliki 'winglet' ala jentera MotoGP dan sekalipun ada yang beranggapan ia sekadar hiasan, CFMoto menyatakan ia diuji di terowong angin dan memainkan peranan.

CFMoto 450SR (2022) dah rasmi dilancar, tiba di pasaran Malaysia Oktober ini? 05

CFMoto SR-C21

Dan lebih menarik, CFMoto mendakwa 450SR ini mampu mencapai kelajuan maksimum 190 km/j. Anda tidak sabar? Kami juga sama.

Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda