window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Khairil ยท Mar 10, 2021 09:00 AM

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 01

Tidak perlu lagi rasanya memperkenalkan dengan lanjut jenama CFMoto di negara ini. Selepas beberapa tahun bertapak, syarikat pengeluar dari China itu sudah pun menghasilkan beberapa model yang boleh digambarkan sebagai cukup menarik.

Paling terbaru adalah model 'Sportbike' CFMoto 250SR pada tahun lalu yang hadir dengan reka bentuk cukup sporty ditambah teknologi menarik.

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 02

CFMoto 400 NK (kiri) dan 250 NK

Selain CFMoto 250SR, CFMoto juga sudah mengeluarkan dua model 'Naked' iaitu 250NK dan 400NK selain dua model lebih berkuasa iaitu 650MT dan 650GT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 01

CFMoto 650 MT (kiri) dan 650 GT

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 02

CFMoto 250 SR

Justeru pada tahun ini, syarikat berkenaan dikhabarkan akan melancarkan satu lagi model beserta enjin yang lebih berkuasa iaitu CFMoto 700CL-X.

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 03

Sejak dipertontonkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA), CFMOTO 700CL-X pantas mendapat perhatian ramai. Ia berikutan reka bentuk motosikal berkenaan yang menggabungkan elemen scrambler dan cafe racer.

Reka bentuk gabungan gaya moden dan retro itu dikatakan adalah hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal terkemuka Austria, KTM.

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 04

Tiga varian diperkenalkan bagi 700CL-X ketika di EICMA iaitu Sports, Heritage dan Adventure yang tampil dengan kelebihan dan keunikan tersendiri.

Menggunakan enjin bersesaran 692 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, EFI Bosch, ia kemudian dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama teknologi slipper clutch. Ia dikatakan menghasilkan kuasa 73 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 05

Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik dari jenama KYB 41 mm boleh laras dan monoshock dari jenama KYB juga boleh laras.

Antara ciri lain adalah pilihan mod tunggangan, cruise control, panel meter LCD, pakej brek Juan dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini? 06

Berdasarkan spesifikasi yang ada pada CFMoto 700CL-X ini, ia jelas cukup mengujakan. Begitupun untuk bersaing di pasaran tempatan, CFMoto juga perlu 'bermain dengan harga' agar kompetitif.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda