window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing?

Haris · Sep 23, 2020 02:00 PM

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 01

CFMoto merupakan sebuah jenama motosikal daripada China dan baru sahaja menembusi pasaran Malaysia dengan barisan model seperti CFMoto 250NK dan CFMoto 650 GT. Jenama dari Tanah Besar ini mensasarkan motosikal dengan rekaan yang menarik pada harga yang berpatutan.

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 02

Beberapa hari lepas, CFMoto baru sahaja melancarkan sebuah motosikal jenis ‘Grand Touring’ CFMoto 1250TR-G di China. Motosikal tersebut sebelum ini hanya digunakan oleh pihak berkuasa di China kini menerima talaan semula untuk pasaran awam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 01

Kerjasama antara KTM dan CFMoto membenarkan CFMoto 1250TR-G menggunakan enjin KTM LC-8 1,279cc V-twin, enjin paling berkuasa dalam mana-mana model CFMoto. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 140 PS kuasa kuda dengan 120 Nm tork, setanding sebuah kereta.

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 02

Bukan itu sahaja, rangkaian pembekal KTM seperti Brembo turut membekalkan brek kaliper radial pada CFMoto 1250TR-G ini di samping sistem suspensi jenama WP digunakan untuk motosikal ini. Tidak cukup dengan itu, sistem audio JBL turut membekalkan sistem stereo untuk hiburan dan informasi penunggang.

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 03

4 mod pemanduan boleh dipilih dan penunggang akan menerima informasi seperti suspensi tayar, kadar angin tayar dan sistem navigasi pada paparan skrin TFT 12.3 inci. Sambungan bluetooth, penghadang angin boleh laras secara elektronik, pemanas hendal dan tempat duduk adalah antara kelengkapan mewah yang ada pada CFMoto 1250TR-G.

CFMoto lancar 1250TR-G. Motosikal ‘Grand Touring’ saingan terbaru Honda GL1800 Gold Wing? 04

Setakat ini, CFMoto 1250TR-G hanya disasarkan untuk pasaran China dengan penjualan bermula pada suku pertama tahun 2021. Motosikal jenis Grand Touring sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri apatah lagi Malaysia diberkati dengan jalanraya lurus yang memanjang. Sangat sesuai dengan motosikal jenis ini.

Motosikal Grand Touring  yang terkenal di Malaysia hadir dari jenama seperti Honda GL1800 Gold Wing (RM 208,800) atau BMW K 1600 GTL (RM 175,500) dan Kawasaki 1400 GTR (RM 100,765). Pada hemat anda, berapakah harga yang sesuai dengan CFMoto 1250TR-G ini untuk bersaing dalam pasaran Malaysia?

Sumber: Facebook CFMoto Malaysia

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda