window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024!

Khairil · Mar 31, 2023 08:00 AM

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 01

Itali dijadual menjadi negara pertama di Eropah menerima kehadiran penawaran terbaharu CFMoto dalam segmen 'Naked', CFMoto 800NK (2023) dengan tempahan sudah pun dibuka, baru-baru ini.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 02

Selepas Itali, mengikuti pelancaran motosikal yang diperkenalkan secara rasmi, bulan lalu itu adalah negara-negara lain di Eropah termasuk pasaran besar lain seperti Perancis dan United Kingdom.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 01

Sedang aktif membawa masuk pelbagai penawaran terbaharu di pasaran tempatan, menurut laporan rakan media, Moto Malaya, CFMoto 800NK turut dijadual dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh CFMoto Malaysia.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 02

Begitupun, pengguna perlu menunggu sedikit lama berikutan tarikh pelancarannya dijadual pada awal tahun 2024.

Kepada yang tidak tahu, CFMoto yang juga antara syarikat pengeluar motosikal China memiliki perjanjian perniagaan dengan KTM dari Austria sejak beberapa tahun.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 03

Dan kerjasama kedua-dua syarikat dilihat memang menguntungkan antaranya model menarik berjaya terhasil adalah CFMoto 800MT, motosikal bergaya 'Adventure touring' yang turut dijual di pasaran tempatan.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 04

Seperti CFMoto 800 MT, CFMoto 800NK akan menggunakan platform enjin KTM LC8C dan persaingannya bukan calang-calang antaranya Triumph Street Triple, Ducati Monster dan Yamaha MT-09 yang kesemuanya dijual di Malaysia.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 05

Mengulas ringkas spesifikasi trenkuasa CFMoto 800 NK, ia dijana enjin LC8 bersesaran 799 cc, Parallel-twin, enjin yang sama digunakan KTM 790 Duke. Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 99 Hp.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 06

Berbalik kepada CFMoto 800NK, dua varian ditawarkan iaitu versi Standard yang dijual pada harga € 7,890 (RM 37,826) dan versi 'High End' yang dijual pada harga € 8,490 (RM 40,703).

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 07

Tetapi tanpa mengira versi, CFMoto 800NK akan memperoleh ciri seperti kunci pintar, sistem 'Quickshifter, panel meter TFT berwarna dengan sambungan ke telefon pintar secara standard.

CFMoto Malaysia dilapor bakal bawa masuk CFMoto 800NK, pelancaran dijangka awal 2024! 08

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan sistem suspensi boleh laras (depan/belakang), set brek cakera berkembar dengan kaliper J.Juan (depan) dan cakera tunggal (belakang) dan sistem lampu LED penuh.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda