![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 01]()
Sebagai cara untuk mengukuhkan jenamanya di pentas dunia, syarikat pengeluar motosikal China, CFMoto berusaha keras untuk menghasilkan pelbagai produk termasuk berteknologi dan lebih 'bertenaga'.
Terbaharu, syarikat itu mendedahkan model prototaip terbaharunya, CFMoto SR Vision Concept, jentera yang berkemungkinan bakal mengisi persaingan dalam segmen 'Sportbike' berkuasa tinggi.
Juga baca: Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!
![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 01]()
Sekalipun tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi trenkuasa didedahkan, namun ia berkemungkinan besar menggunakan enjin bersesaran besar berdasarkan reka bentuknya yang cukup agresif terutama penggunaan 'winglet' ala jentera lumba MotoGP.
![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 02]()
Selain rekaan yang futuristik dan agresif, model berkenaan juga turut dipadankan dengan pelbagai perkakasan berkualiti tinggi dan premium antaranya suspensi Ohlins, brek dari Brembo, lengan ayun jenis ‘single-sided’ dan ekzos 'double tip' SC Project.
Juga baca: CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'!
Berdasarkan info yang diperoleh, rekaan menarik CFMoto SR Vision Concept adalah hasil 'sentuhan' pasukan reka bentuk dan R&D yang berpengkalan di Eropah, antara manfaat yang diterima CFMoto susulan kerjasama dengan KTM.
![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 03]()
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan model konsep yang didedahkan ini sememangnya cukup mengancam.
Berdasarkan rekaan dan ciri-ciri premium yang melengkapi CFMoto SR Vision Concept, ia berkemungkinan digandingkan dengan enjin berkuasa 800 cc Parallel Twin yang turut digunakan CFMoto 800MT.
![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 04]()
Begitupun, ada juga potensi untuk ia tampil dengan enjin lebih bertenaga termasuk penggunaan trenkuasa 990 cc V-twin yang digunakan KTM 990 Super Duke.
Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik
Dan hasil daripada kerjasama itu juga pastinya akan meningkatkan bukan saja kualiti binaan, malah keboleh percayaan dan prestasi jentera berkenaan.
![CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan! 05]()
Apa yang menarik, CFMoto dipercayai turut akan menghasilkan model dalam sesasaran lebih kecil di masa depan. Namun untuk SR Vision Concept, model ini dikatakan akan dibawa ke fasa pengeluaran pada 2022. Sama-sama kita nantikan.
Komen