window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'!

Khairil ยท Sep 30, 2021 04:00 PM

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 01

Ketika CFMoto mempertontonkan jentera paling berkuasanya CFMoto 1250 TR-G tahun lalu, ramai yang tertunggu-tunggu kelibatnya di pasaran. Apa tidaknya, disebalik berkuasa tinggi dan dilengkapi pelbagai teknologi moden, ia dijangka tiba dengan penawaran harga mampu milik dalam segmennya.

Sebagai motosikal Grand Touring berkuasa tinggi, antara pencabar CFMoto 1250 TR-G termasuklah BMW R 1250 RT dan Kawasaki 1400 GTR.

Juga baca: Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 01

Dan ketika BMW R 1250 RT dijual pada harga CN¥ 285,900 (RM 184,998) di pasaran China, harga pengenalan untuk CFMoto 1250 TR-G yang didedahkan baru-baru ini pasti mengujakan iaitu CN¥ 99,980 (RM 64,694)

Justeru, ia berupaya menjadi pilihan yang cukup menarik perhatian. 

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 02

Jika ada yang menganggap model yang dikeluarkan CFMoto itu tidak berkualiti, pandangan itu juga meleset.

Juga baca: Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan!

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 03

Dari sudut trenkuasa, ia menggunakan enjin yang dibekalkan daripada satu lagi jenama terkemuka iaitu KTM, ia turut dipadankan dengan pelbagai perkakasan berprestasi tinggi termasuk suspensi WP (sebelum ditukar kepada Marzocchi), sistem brek Brembo dan tayar Pirelli.

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 04

Dipadankan dengan enjin LC8 1,279 cc, V-twin buatan KTM, CFMoto 1250 TR-G menghamburkan kuasa setinggi 140 Hp dan tork 120.6 Nm sekaligus setaraf dengan pencabar dalam kelasnya. 

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 05

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan panel meter TFT berwarna penuh dengan saiz skrin 12.3 inci. Sebagai model aras tinggi, CFMoto 1250 TR-G juga dijangka dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan elektronik moden.

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Tetapi dengan perbezaan harga yang cukup besar berbanding pencabarnya yang lain, ramai yang menjangkakan model terbaharu CFMoto ini akan mendominasi pasaran China.

CFMoto umum harga 'Grand Touring' CFMoto 1250 TR-G, berprestasi tinggi, harga 'marhaen'! 06

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada CFMoto untuk mengeluarkan model ini ke pasaran antarabangsa termasuk Malaysia namun apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang mustahil dilakukan di masa depan. 


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda