window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery adalah jenama kereta PERTAMA di Indonesia yang bagi waranti enjin sampai 10 tahun!

Faisal · Aug 24, 2022 02:00 PM

Chery adalah jenama kereta PERTAMA di Indonesia yang bagi waranti enjin sampai 10 tahun! 01

Dalam acara GIIAS 2022 kelmarin, PT Chery Sales Indonesia telahpun membuka tempahan buat Tiggo 7 Pro dan 8 Pro. Untuk mendapat keyakinan pelanggan, mereka turut menawarkan program ‘Advanced Warranty’ buat enjin yang mana ia diberi sehingga 10 tahun / 1,000,000 km.

Juga bacaTempahan Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro di Indonesia dibuka, waranti 10 tahun / 1 juta km!

Menurut Tao Yong iaitu Pengarah Presiden PT Chery Sales Indonesia, “Chery adalah syarikat automotif China pertama di Indonesia yang menawarkan program sebegini. Setelah pelancaran produk pada Oktober 2022 nanti, program ini akan ditawarkan kepada semua pelanggan”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata beliau juga, Chery bukan setakat menghasilkan kereta yang berkualiti, malah perkhidmatan selepas jualan mereka juga amat memuaskan. Mengenai waranti 10 tahun itu, inilah bukti betapa yakinnya mereka dalam aspek jangka hayat kenderaan yang dihasilkan.

Chery adalah jenama kereta PERTAMA di Indonesia yang bagi waranti enjin sampai 10 tahun! 01

20 outlet rasmi Chery sudah sedia menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Indonesia

Buat masa ini, sebanyak 20 cawangan Chery sedang giat dibangunkan di seluruh negara Indonesia. Menariknya, pusat servis mereka akan ada perkhidmatan dalam talian serta khidmat dari rumah.

Mengenai Chery Tiggo di Indonesia, ia ditawarkan dari julat harga 370 juta Rupiah – 430 juta Rupiah (~RM 111.8k – RM129.9k). Chery Tiggo 8 Pro pula dijual pada 520 juta Rupiah – 550 juta Rupiah (~RM 157.2k – RM 166.2k).

Kredit foto: AutoFun ID

Juga bacaChery Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro, dan Omoda 5 akan tiba di Malaysia, prebiu tak lama lagi!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Chery Tiggo 8 Pro Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda