window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton

Faisal · Aug 3, 2022 02:00 PM

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 01

Berdasarkan pengumuman terbaru oleh syarikat Chery, mereka sekarang ini sedang berunding dengan rakan lokal di Malaysia untuk membangunkan operasi pemasangan tempatan (CKD).

Kata wakil syarikat itu, “Chery kekal komited dengan Malaysia. Buat masa sekarang, kami sedang bekerjasama dengan rakan tempatan untuk membangunkan operasi pemasangan di negara ini”.

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, tidak banyak yang mereka kongsikan tetapi ada gossip memberitahu bahawa Chery sedang berbincang dengan government-linked-company (GLC) untuk memasang sekurang-kurangnya dua model SUV dan ia dijangka membuat pelancaran selepas separuh pertama 2023.

Untuk makluman anda, syarikat GLC yang memilik atau ada pegangan dalam kilang pemasangan automotif adalah UMW Group, DRB-Hicom dan Sime Darby Motors. Di antara mereka, hanya DRB-Hicom (Hicom Automotive Manufacturers, Pekan) dan Sime Darby Motors (Inokom, Kulim) sahaja yang membuat pemasangan kontrak.

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 01

Kalau anda nak tahu, pemasangan lokal dapat mengelak daripada dikenakan 30% cukai import. Bergantung pada nilai pelaburan, pengeluar juga boleh memohon untuk mengurangkan cukai eksais yang berada dalam julat 75% ke 105%, bergantung pada kapasiti enjin.

Apapun, Chery belum lagi membuat pengumuman rasmi berkenaan pengedar di Malaysia tetapi mereka sebelum ini telahpun mengesahkan bahawa SUV siri Tiggo Pro dan SUV ‘atas’ iaitu Omoda 5 akan tiba di tanah air kita.

Buat masa sekarang, Chery di negara kita hanya tampil awam melalui laman Facebook sahaja.

Juga bacaChery mahu Malaysia tolong bangunkan Omoda 5 versi EV, katanya akan lawan Ora Good Cat

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 02

Untuk pengetahuan anda, Chery pernah beroperasi di Malaysia dan ia diselia oleh Chery Alado Autmobile Sdn Bhd sebelum ditukar kepada Chery Automobile (Malaysia) Sdn Bhd. Kemudian 10 tahun selepasnya, syarikat itu bungkus.

Mengenai model Chery yang akan dilancarkan di Malaysia nanti, kesemuanya adalah SUV.

Juga bacaModel SUV dari Chery antara terlaris dunia, anda mungkin tak percaya angka jualan di negara-negara ini!

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 03

Salah satunya adalah Tiggo 4 Pro dan jentera ini bakal menyaingi Proton X50. Cumanya, ia hanya menggunakan enjin 1.5L NA (113 PS).

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 04

Tiggo 7 Pro pula berlawan di kelas Proton X70. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 147 PS.

Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton 05

Model paling atas iaitu Tiggo 8 Pro pula ada 7 tempat duduk dan ia akan berentap dengan Proton X90. Dari segi nadi, SUV ini menggunakan enjin 1.6L turbo yang menghembuskan 197 PS.

Setakat ini, Chery pada April telah kembali di Indonesia tetapi jualan hanya akan bermula pada akhir tahun ini. Di sana, pemgembalian Chery akan dipacu oleh Tiggo 7 Pro dan 8 Pro.

Juga bacaChery kembali secara rasminya di Indonesia, akan jadi hab eksport untuk pasaran ASEAN

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Chery Tiggo 4 Pro Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda