window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Faisal · Nov 26, 2021 05:00 PM

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 01

Setelah begitu lama ghaib dari pasaran kita, jenama Chery nampaknya akan kembali semula. Satu sumber dari China telahpun mengesahkan bahawa Wuhu, iaitu jenama China yang berasal dari Anhui akan membuat pelancaran di Malaysia semula pada suku ketiga tahun 2022. Kali terakhir mereka beroperasi di Malaysia adalah pada tahun 2017.

Sebelum ini, Chery diwakili oleh syarikat Chery Automobile (M) Sdn Bhd, yang mana dahulunya dikenal sebagai Chery Alado Automobile Sdn Bhd. Secara teknikal, ia merupakan usaha sama antara Tan Sri Cam Soh’s Alado Corporation dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 02

Ingat lagi tak MPV Chery Eastar ini?

Sewaktu ada di sini, mereka menjual beberapa model yang hambar seperti QQ, MPV Eastar dan SUV Tiggo. Pelancaran model terakhir mereka adalah pada tahun 2015, iaitu Chery Maxime yang menggantikan Eastar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi itu dahulu. Hari ini, Chery sudah lain. Kereta mereka sekarang sudah cukup bagus.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 01

Inilah Chery alaf baru.

Misalnya Chery Omoda 5 (saiz Toyota Corolla Cross) yang mana ia dipertontonkan di Guangzhou Auto Show 2021 pada minggu lalu. Pada Chery, Omoda mewakili produk generasi keempat mereka. SUV ini akan mula dijual di China pada suku kedua 2022.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 02

Secara teknikal, Chery Omoda 5 dikuasakan oleh enjin petrol 1.6L turbo yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm tork. Versi hibrid plug-in (PHEV) dan EV juga akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 03

Platform T1X yang dibangunkan bersama Jaguar Land Rover.

Menariknya, ia banyak meminjam teknologi dari Jaguar Land Rover (JLR). Kalau anda nak tahu, Chery dianggap sebagai rakan tempatan JLR di China. Malah, platform T1X JLR juga diguna untuk model atas seperti Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8. Tidak cukup dengan itu, ia turut dibangunkan bersama oleh JLR.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 04

Chery ada model sedan tapi SUV adalah keutamaan mereka sekarang.

Apapun, sumber kami belum dapat mengesahkan pelan produk Chery di Malaysia tetapi buat masa ini, model Chery yang bakal ada versi pandu belah kanan (RHD) merangkumi Tiggo 4 Pro (Tiggo 5x di China), Tiggo 7 Pro (Tiggo 7 Plus di China) dan Tiggo 8 Pro (Tinggo 8 Plus di China).

Juga bacaSpyshot: Kelibat Chery Tiggo 5x di Malaysia, satu lagi pencabar Proton X50 dari China?

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 05

Chery Tiggo 4 Pro.

Saiz Chery Tiggo 4 Pro/Tiggo 5x sebenarnya lebih kurang sama dengan Proton X50 dan Honda HR-V. Di China, SUV segmen B in dikuasakan oleh enjin 1.5L NA (115 PS, 143 Nm) ataupun enjin 1.5L turbo (156 PS, 230 Nm). Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi CVT.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 06

Setanding kabin Proton X50 atau lebih baik?

Chery Tiggo 8 pula sebuah SUV 7 penumpang yang sama kelas dengan Geely Haoyue (bakal Proton X90), Hyundai Santa Fe dan Mitsubishi Outlander.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 07

Tiggo 8 Pro pula lebih atas dimana ia menggunakan konfigurasi 6 tempat duduk. Bezanya, baris tengah dibuat sebagai tempat duduk individual.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 08

Chery Tiggo 8 Pro spec Rusia.

Kedua-dua SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo bersuntikan port (156 PS, 230 Nm) dengan transmisi DCT 6 kelajuan, ataupun enjin 1.6L turbo bersuntikan direct (197 PS, 290 Nm) yang dipadankan dengan DCT 7 kelajuan.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 09

Untuk makluman anda, terdapat juga Tiggo 8 Plus Special Edition yang mana ia menggunakan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 254 PS dan 390 Nm tork. Kuasa sebanyak ini diurus oleh transmisi DCT 7 kelajuan.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 10

Model eksport Chery sememangnya hadir dengan Android Auto, bukan macam Geely.

Untuk pengetahuan anda, pelancaran antarabangsa buat versi RHD untuk Tiggo 7 Pro (saingan Proton X70 dan Honda CR-V) dikhabarkan berlangsung pada tahun hadapan.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 11

Chery Tiggo 7 Pro, jawapan kepada Proton X70.

SUV segmen C ini dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo dengan gabungan transmisi CVT, ataupun enjin 1.6L turbo bersuntikan direct yang dipadankan dengan DCT 7 kelajuan.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 12

Chery buat masa ini belum lagi mengumumkan sebarang pelan untuk pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 13

Kilang Chery di Anhui.

Sebelum ini, kenderaan Chery dipasang di kilang Oriental Assemblers di Johor. Namun kilang ini telahpun dijual ke Berjaya Group dan ditukar kepada Berjaya Assembly Sdn. Bhd. Buat masa sekarang, kilang itu memasang model Maxus dan beberapa kenderaan komersial China secara kontrak.

Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70 14

Chery Tiggo 8.

Untuk pengeluar kereta China, bukan Chery sahaja yang cuba tawan bahagian pasaran Proton/Honda/Toyota/Nissan di negara kita. Great Wall Motor juga sebenarnya ada pelan untuk melancarkan semula jenama Haval di Malaysia.

Dan sama seperti Chery, Great Wall turut menerima nasib serupa. Tetapi kini, mereka sendiri telah mengesahkan bahawa Malaysia bakal menjadi salah satu daripada destinasi eksport buat kereta-kereta yang dipasang dari kilang Rayong, Thailand.

Juga bacaHaval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda