window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia!

Haris · Dec 20, 2022 04:00 PM

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 01

Chery akan membuat kemunculan semula di Malaysia tidak lama lagi. Syarikat itu mensasarkan untuk melancarkan dua model pertama, Chery Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro menjelang pertengahan tahun 2023. Model-model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia bermula daripada model pertama yang dijual.

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 02

Dalam satu majlis makan malam bersama media, Naib Presiden Chery International dan Presiden bagi pasaran ASEAN, Shawn Xu, tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai lokasi kilang serta siapa rakan kongsi tempatan yang diambil. Beliau sebelum ini ada menyatakan bahawa model pengeluaran CKD hanya untuk pasaran domestik Malaysia, buat masa ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 01

"Pada kebiasannya, pembinaan sebuah kilang baharu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk disiapkan, tetapi dengan rakan kongsi yang mempunyai kemudahan sedia ada, proses ini boleh dipendekkan," kata Shawn kepada media.

"Chery mensasarkan kapasiti tahunan sebanyak 20,000 unit untuk fasa pertama."

Spekulasi turut mendakwa bahawa rakan kongsi tempatan Chery untuk pemasangan CKD berkemungkinan adalah Inokom. Kilang Inokom terletak di Kulim, Kedah dan kini memasang kenderaan BMW, MINI, Mazda, Hyundai, Kia dan Porsche.

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 02

Shawn juga menyatakan bahawa pengeluaran CKD dijangka akan bermula pada suku kedua (S2) 2023. Semua unit yang akan dihantar kepada pelanggan akan dipasang secara tempatan dan tidak diimport dari kilang global lain termasuk Indonesia.

Baca: Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro!

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 03

Tiggo 8 Pro PHEV mungkin menyusul ke Malaysia dalam beberapa tahun lagi

"Kami tidak mengambil kira pilihan import CBU kerana cukainya sangat tinggi. Kami cuba melihat sama ada kami boleh membawa masuk beberapa model CBU untuk digunakan sebagai kereta pameran atau untuk pandu uji tetapi ini masih belum disahkan." ujar Shawn lagi.

Tambahan pula, Chery juga mempunyai rancangan untuk turut memasang model hibrid plug-in (PHEV) dan bateri elektrik (BEV) yang akan datang secara tempatan menjelang 2024.

Baca: Jualan global Chery 2022 melebihi 1 juta unit dengan baki dua bulan, dipacu oleh rangkaian Tiggo

Chery: Model CKD akan bermula suku ke-2 tahun depan, tiada model CBU untuk Malaysia! 04

Chery mempunyai rancangan yang bercita-cita tinggi untuk kembali ke pasaran Malaysia dengan menjadikan pasaran ini menjadi salah satu pasaran pemanduan kanan (RHD) yang paling penting. Selain kilang pemasangan, Chery juga sedang mencari untuk menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia pada masa hadapan.

Baca: SAH: Chery bakal CKD Malaysia 30k unit/tahun, pelancaran pada Julai 2023, pasaran pandu kanan ke-3 terbesar

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Chery Tiggo 8 Pro Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda