window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi

Mersita Β· May 3, 2023 03:30 PM

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 01

Akhirnya, Chery Malaysia akan kembali di Malaysia setelah β€˜berehat’ sejak 5 tahun lalu. Pengeluar kereta berpengkalan di Wuhu, China ini sekarang sedang menayangkan barisan model-modelnya di Malaysia Autoshow 2023. Pengunjung pameran auto ini boleh memandu uji Chery Omoda 5 sepanjang pameran berlangsung dari 4 - 7 Mei di MAEPS Serdang.

Dilihat membuat penampilan ialah Chery Omoda 5 2023, sebuah SUV segmen B yang akan masuk ke gelanggang panas pasaran Malaysia untuk berentap dengan Honda HR-V, Mazda CX-30, Proton X50, dan Toyota Corolla Cross.

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi pasaran Malaysia, Chery Omoda 5 akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menghamburkan 147 PS dan 230 Nm, memacu roda hadapan menerusi kotak gear automatik CVT.

Juga baca: Jangkaan harga dari RM 108k - RM 120k, spesifikasi Chery Omoda 5 CKD tertiris awal!

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 01

Kelengkapan bagi Chery Omoda 5 spesifikasi Malaysia cukup meluas; antaranya termasuklah lampu hadapan LED automatik, windshield akustik, dan rim aloi 18 inci. Varian H yang lebih mahal didatangkan dengan beberapa penambahan seperti pintu bonet berkuasa, bumbung suria berkuasa, dan juga lampu signal LED berurutan.

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 02

Di dalam kabin Chery Omoda 5 dilengkapi sistem infotainmen berskrin sentuh 10.25 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen meter digital 10.25 inci, pencahayaan ambien, kawalan iklim automatik dwi-zona, penapis udara PM 2.5, berserta pad pengecas nirwayar Qi.

Juga baca: Chery Omoda 5 EV disahkan akan dilancarkan di Malaysia menjelang S1 2024 - jarak 550 km, 203 PS

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 03

Kedua-dua varian dipadatkan kemudahan ADAS yang terdiri daripada kelengkapan standard iaitu:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Emergency Lane Keeping (ELK)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC & LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)

Kamera panoramik 360 darjah dan beberapa kelengkapan lain (Speed Limit Assist, Speed Control Function, Traffic Sign Recognition, Intelligent Speed Adaptation) bagaimanapun tidak disertakan di dalam varian H.

Chery Omoda 5 2023 didebut di Malaysia, 2 varian akan dilancarkan tak lama lagi 04

Juga baca: Chery menandatangani perjanjian CKD dengan Inokom; Omoda 5, Tiggo 8 Pro akan dipasang di Kulim, pelancaran pada Jun

Setakat ini, belum ada senarai harga indikatif dikeluarkan oleh Chery Malaysia. Namun, kita boleh jangkakan tanda harganya tertulis sekitar RM 108k sehingga RM 120k dengan HR-V dan X50 sebagai rujukan perbandingan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda