window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022

Faisal · Feb 3, 2022 04:00 PM

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 01

  • Chery Tiggo 4 Pro bersaing dengan Hyundai Creta dan Honda HR-V
  • Chery Tiggo 7 Pro bersaing dengan Honda CR-V dan Wuling Almaz
  • Chery Tiggo 8 Pro bersaing dengan Mazda CX-8 dan Toyota Fortuner

Indonesia International Motor Show 2022 (IIMS 2022) akan berlangsung dari 17 – 27 Februari ini. Tetapi sebelum membuat debut, Chery telah membuat prebiu awal akan barisan SUV baru mereka terhadap media Indonesia.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 02

Antaranya seperti Chery Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro. Harganya belum diumumkan tetapi berdasarkan rakan kami dari AutoFun ID, unit yang dipertunjukkan itu adalah versi pandu belah kanan (RHD).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 01

Setakat ini, Tinggo 4 Pro versi RHD telah membuat debut di pasaran Afrika Selatan. Debut versi RHD untuk SUV Tiggo yang lebih besar pula belum dibuat. Adakah Indonesia pasaran pertamanya?

Juga bacaChery bakal tembus pasaran Indonesia semula, Malaysia destinasi seterusnya?

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 02

Untuk makluman anda, keutamaan Indonesia sebagai pasaran pertama RHD untuk Tiggo 7 Pro dan 8 Pro adalah selari dengan pelan Chery untuk menjadikan negara itu sebagai hab Asia Tenggara mereka. Syarikat yang berasas dari Anhui itu bukan setakat hendak membuka kilang, malah mereka juga hendak membuka pusat R&D di negara itu.

Juga bacaChery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul?

Jadi, mari kita lihat dengan lebih dekat lagi mengenai trio SUV Chery ini. Lagipun, tidak mustahil untuk ia masuk ke pasaran Malaysia.

Chery Tiggo 4 Pro – SUV tahap permulaan

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 03

SUV ini pernah beberapa kali diintip di tanah air kita pada tahun lepas tetapi ia versi RHD telahpun membuat debut global di Afrika Selatan. Menariknya, pasaran sana hadir dengan waranti sehingga 1,000,000 km.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 04

Secara amnya, Chery Tiggo 4 Pro dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo (155 PS, 230 Nm) dan 2.0L NA (122 PS, 180 Nm). Enjin aspirasi natural inilah yang dipertunjukkan kepada media Indonesia.

Mengenai enjin turbo, kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi CVT.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 05

Dari segi kelengkapan, SUV segmen B ini datang dengan pelbagai ciri. Antaranya seperti kluster instrumen digital, bumbung suria dan skrin infotainment terapung yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 06

Bagaimanapun, ciri ADAS yang ada pada pesaing seperti Honda HR-V ataupun Proton X50 tidak disebutkan.

Chery Tiggo 7 Pro – Anak tengah

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 07

SUV yang menyaingi Honda CR-V dan Wuling Almaz di Indonesia ini adalah antara senjata Chery untuk mengalahkan mereka. Berdasarkan rupa sahaja, Tiggo 7 Pro nampak lebih premium.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 08

Malah, gril segi enam dan trim krom yang diterapkan juga membuatkan ia nampak iras Audi Q5. Bahagian tepinya pula ada rupa Proton X70.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 09

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 10

Dari segi trenkuasa, Tinggo 7 Pro menggunakan enjin 1.5L turbo (155 PS, 230 Nm) dan transmisi CVT yang sama dengan Tiggo 4 Pro.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 11

Antara ciri unik yang ada pada SUV ini adalah seperti bumbung suria panoramik, penyaman udara digital dwi-zon, but belakang berkuasa dan pengecas telefon tanpa wayar.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 12

Dari segi keselamatan, unit yang diperlihatkan ini juga tidak hadir dengan ciri ADAS.

Chery Tiggo 8 Pro – SUV paling atas

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 13

Di Indonesia, SUV ini akan bersaing dengan Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner tetapi ciri yang ditawarkan sebenarnya menghampiri tahap Mazda CX-8.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 14

Sebagai SUV terbesar, Tiggo 8 Pro datang dengan lampu LED penuh dan roda 18 inci. SUV 7 tempat duduk ini juga lengkap dengan warna kabin dwi-tona dan pembesar suara jenama Sony.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 15

Menguasai SUV ini adalah enjin 1.6L turbo yang menghasilkan 194 PS dan 290 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 16

Menariknya, Tiggo 8 Pro yang dipertunjukkan lengkap sekali dengan ciri ADAS seperti kawalan pelayaran adaptif (ACC), forward collision warning (FCW) dan bermacam-macam lagi.

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 17

Walaupun ketiga-tiga SUV ini seperti sudah sedia untuk dilancarkan, PT Chery Motor Indonesia (CMI) telahpun mengesahkan bahawa prebiu ini hanya untuk melihat penerimaan rakyat Indonesia. Untuk pengetahuan anda, CMI ada pelan untuk memasang ketiga-tiga SUV ini di Indonesia menjelang Jun 2022.

Juga bacaChery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022 18

Selain Indonesia, Chery juga ada misi untuk kembali semula ke pasaran Malaysia dan Thailand pada tahun ini.

Juga bacaSetelah Malaysia & Indonesia, Chery ingin kembali ke Thailand pada 2022, ingin 'tapau' jenama Jepun!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Chery Tiggo 4 Pro Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda