window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung!

Faisal ยท Oct 2, 2022 10:00 AM

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung! 01

Tangkap layar.

Kereta yang tak jejak tanah macam yang diguna oleh kereta api canggih sebenarnya sudah menghampiri realiti. Bagi anda yang belum tahu, teknologi ini dipanggil sebagai Maglev (magnet levitation).

Baru-baru ini, seorang penyelidik, professor dan ketua pasukan di Southwest Jiaotong University, China membuat ujian jalan terhadap sebuah kereta yang diubah suai dengan komponen magnet supaya dapat terapung di atas rel konduktor. Kesannya, kereta yang seberat 2,800 kg itu boleh terapung setinggi 35 mm.

Secara teori, penyelidikan ataupun eksperimen ini bermatlamat untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan jarak pandu sesebuah kereta pada masa akan datang. Menurut professor itu, langkah seterusnya adalah untuk membangunkan kereta sebenar iaitu kereta pertama yang boleh terapung di samping bergerak macam tidak berkaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung! 01

Untuk makluman anda, ujian ini dibuat oleh pihak berkuasa pengangkutan di China dan ia juga bertujuan untuk mereka bentuk jalan yang selamat dan sesuai untuk pemanduan berkelajuan tinggi.

Menariknya, ujian kelajuan maksimum juga dilakukan di jalan sepanjang 7.9 km itu dan kereta maglev tersebut boleh mencapai sehingga 230 km/j.

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung! 02

Berbanding penggunaan enjin, teknologi maglev membolehkan kenderaan mencapai kelajuan tinggi tanpa menggunakan tenaga yang banyak kerana kadar friksyennya boleh dikatakan tiada.

Kalau anda nak tahu, potensi kereta berteknologi maglev telah banyak kali diselidik dan Volkswagen pernah mempamerkan konsep itu pada tahun 2012.

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung! 03

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan dari segi keselamatan. Contohnya, apa akan jadi kalau kereta maglev dalam keadaan laju terkeluar dari landasan magnetik? Ataupun bagaimana kalau ia dilanggar oleh kereta bukan magnetik sampai terkeluar landasan?

Lagi satu adalah berkenaan infrastruktur kerana rangkaian lebuh raya elektromagnetik mungkin mahal dan boleh mengambil masa bertahun untuk direalisasikan.

China bina prototaip kereta Maglev, boleh capai 230 km/j, tayar tak jejak tanah langsung! 04

Setakat ini, teknologi maglev banyak diguna oleh kereta api di China. Tahun lepas sahaja, China merasmikan train maglet berkelajuan tinggi di wilayah Qingdao, Shandong dan ia boleh mencapai kelajuan 600 km/j. Selain China, pengangkutan awam jenis kereta api maglev sudah ada di Jepun (bermula tahun 2005) dan Korea Selatan (bermula tahun 2016).

Juga bacaTren Maglev oleh Hyundai Rotem diusulkan untuk Putrajaya, MOT akan mulakan perbincangan

Sumber: AutomoBlog

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda